Asal usul nama Selangor

Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan  yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.

Kononya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.

Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.

Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

MyHealin.com

Enhanced by Zemanta
About these ads

5 thoughts on “Asal usul nama Selangor

  1. sehingga kini tiada bukti kukuh atau rekod-rekod terdahulu yang boleh dibuat rujukan untuk memastikan pendapat mana yang lebih tepat… Wallahua’lam.

  2. cerita nenek aku…setelah jauh berlayar kapal raja bugis pun berlabuh di satu daratan kering yg baru ,lalu beliau memerintah kan 4 orang panglima perang untuk memantau kawasan baru ,bagi untuk memastikan tiada musuh atau binatang buas yg yg akan menyambut kedatangan beliau….setelah sekembalinya 4 org panglima terbabit ,lalu raja pun bertanya.apakah khabar baik panglima ,llalu jawab salah seorang penglima yg bernama panglima gembut,,se,,langor pun tk ada tuan,ku…bahase sekarang se,ekor binatng yg bernama langor pun tk ada..langor ni klu nk tahu abg sepupu lalat…sempai sekarang nama2 jln klu kita persan jln raja jumaat ,jln raja bot,,, sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s