Koleksi Petua

Petua Baru dan Lama

Percaya atau tidak, setiap tamadun mempunyai petua-petua tersendiri yang dibawa turun temurun semenjak nenek moyang masing-masing.

Ironinya, walaupun sedikit kajian saintifik yang di buat, kebanyakan petua-petua yang di praktikkan tetap mendapat kepercayaan dan di buktikan berkesan. Kebanyakan petua-petua yang di hasilkan adalah berpunca dari pengalaman orang-orang yang terdahulu.

Di negara kita tidak kurang juga dengan khasanah-khasanah petua-petua lama dan baru yang berharga serta memberi faedah kepada kehidupan seharian.

Kali ini, kami ingin berkongsi berbagai petua yang mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Malah yang  mustahak sekali ialah, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk melakukannya.

Kegunaan Hampas Teh.

Pada lazimnya serbuk teh yang telah di gunakan akan di buang begitu sahaja. Sebenarnya serbuk teh yang telah di gunakan ini ada faedahnya bagi surirumah yang gemar menanam pokok-pokok hiasan.Di mana ia boleh di jadikan sebagai baja bagi pokok-pokok ini.Anda hanya perlu taburkan serbuk teh ini pada pangkal pokok untuk tempoh seminggu sekali.

Halau semut pada tanaman.

Semut adalah salah satu serangga perosak tanaman atau pokok bunga.Bagi mencegah serangan semut,cubalah anda taburkan serbuk kulit telur yang sudah di jemur dan di tumbuk halus di sekeliling perdu pokok,nescaya semut tidak akan menganggu lagi. InsyaAllah.


Bekalan air untuk pokok.

Bagi peminat pokok bunga pasti tidak mahu pokok bunganya akan mati sekiranya anda bercuti panjang.Tetapi janganlah anda risau kerana masalah menyiram air ini boleh di atasi dengan mudah.Anda bolehlah menggunakan bahan yang mudah menyerap air seperti kain,tali atau tali leher lama.Tanam satu hujung kedalam pasu manakala satu hujung lagi di rendamkan kedalam bekas yang berisi air.

Tanaman Dua bulan tanpa baja.

Jangan di baja pokok yang baru di buat pemasuan semula kerana campuran tanah baru mengandungi nutrien tanaman yang cukup untuk menyediakan makanan kepada tumbuhan selama dua bulan.Memberi baja terlalu awal boleh menyebabkan akar pokok tidak berkembang dalam tanah baru.

Menghapus jentik-jentik dari pasu.

Kiambang dan teratai yang di tanam dalam pasu mungkin menghadapi masalah pembiakan jentik-jentik dan terpaksa di taukar airnya setiap minggu.Bagi mengatasi masalah ini,campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi kedalam air,nescaya jentik-jentik akan mati.

Lilin tahan lama.

Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair.Jadi untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan.

Menghilangkan tanda hangus pada periuk.

Masukkan sedikit baking soda bersama sedikit air dan biarkan beberapa jam.Kemudian bersihkan periuk itu seperti biasa.

Mengharumkan dapur.

Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain.

Mencegah lalat pada makanan.

Bagi menghindarkan kehadiran lalat ini taburkan lada sulah diatas tudung saji atau penutup bekas makanan. Nescaya lalat tidak akan datang menganggu lagi.

Hilangkan kesan karat.

Kesan karat boleh di hilangkan dengan membilasnya dalam campuran cuka dan garam,kemudian di jemur sehingga kering.

Hilangkan calar di kaca.

Bagi menghilangkan kesan calar pada kaca dan tingkap,sapukan sedikit ubat gigi dan gilap dengan kain lembut.

Hindari meja daripada di panjat semut.

Untuk menghindari meja atau perabot lain daripada di panjat semut,ambil tali yang mudah menyerap bahan cecair dan celupkannya kedalam minyak masak. Kemudian lilitkan tali pada semua kaki meja atau perabut.


Menghilangkan bau cat.

Dinding yang baru di cat pasti akan membuatkan ruang itu berbau sedikit.Untuk menghilangkannya letakkan semangguk air di tengah-tengah ruang dan bau yang di keluarkan akan meresap ke dalam air.

Kelebihan krim tartar.

Selain daripada penyedap masakan,krim tartar juga boleh di guna untuk menghindar semut.Caranya ialah dengan menabur krim tartar di sarang semut dan bahagian dinding retak yang boleh di masuki semut.Krim tartar juga boleh menyerikan semula barangan porselin dengan menaburkan krim itu di atas kain lembap kemudian gosok pada permukaan porselin.

Menghilangkan bau di dalam peti sejuk.

Masukkan dua atau tiga keping roti kedalam peti sejuk. Biarkan sehingga beberapa hari. Dengan cara ini, bau dalam peti sejuk akan hilang.

Menghilangkan tanda hitam dalam cerek.

Masukan soda bikarbonat kedalam cerek berisi air dan rebus sehingga mendidih. Kemudian cuci cerek berkenaan,InsyaAllah tanda hitam itu akan hilang.

Menghilangkan bau pada peti sejuk.

Ambil sebungkus kopi dan simpan di dalam peti sejuk.Nescaya peti sejuk anda akan berbau wangi.

Mengharumkan bilik tidur.

Letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai.Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya limau berkenaan.

Halau tikus dari rumah.

Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letak di tempat yang selalu tikus-tikus itu berada. Insya Allah tikus tidak akan datang lagi.

Hilangkan contengan pada kertas dinding.

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pasti anda akan menghadapi masalah contengan pada dinding. Bagi dinding yang bercat saya rasa kurang masalahnya, tetapi bagi yang menggunakan kertas dinding pasti akan mengeluh. Kertas dinding yang di conteng dengan krayon atau pensel warna ianya masih boleh di hilangkan dengan cara menekapkan strika panas yang di lapisi tisu dapur pada dinding supaya menyerap contengan itu. Kemudian lap kesan yang tertinggal dengan kain lembap bercampur sedikit soda bikarbonat.

Mengatasi kerosakan jubin lantai.

Pada lazimnya bilik mandi juga di gunakan sebagai tempat mencuci pakaian. Kadangkala kita juga menggunakan bahan peluntur untuk mencuci pakaian. Tetapi perlu di ingat, walaupun ianya boleh memutihkan pakai anda, pada masa yang sama ianya akan merosakan kemasan jubih bilik air anda. Jadi elakkan jubin anda daripada terkera bahan peluntur dengan kerap.

Membersihkan sink atau tab mandi.

Pada kebiasaannya sink atau tab mandi akan terdapat kotoran yang sukar untuk di hilangkan. Walaubagaimanapun, kotorang ini sebenarnya boleh di hilangkan dengan menggunakan krim tar atau paste hidrogen peroksida. Biarkan ia kering sebelum di sental dan di bilas dengan air bersih.


Save up to 30% on Orlando Theme Parks!

Mengembalikan seri lantai kayu.

Untuk mengembalikan seri lantai panel kayu, anda bolehlah menggosoknya dengan pengilat lilin atau cecair pengilat lilin.Elakkan air panas dari tertumpah atas lantai panel kayu kerana ia boleh melembutkan kayu dan menyebabkan lantai berselumbar.

Mengesan kelembapan dinding.

Selepas beberapa tahun mendiami rumah baru, anda akan mendapati bahawa dinding menjadi lembap setiap kali musim hujan. Cara mudah untuk mengesan kelembapan dinding ialah dengan menampal kertas aluminium pada bahagian yang di syaki dan biarkan ianya sehari dua. Setelah itu, tanggalkan kertas aluminium itu dan anda akan lihat kesan kelembapan di belakangnya.

Mengembalikan seri marmar.

Bagi mengembalikan seri lantai marmar, ambil setengah baldi air yang di campur dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersih permukaan marmar. Cuba lakukan tiga kali seminggu untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Mengilatkan cermin.

Tuangkan sedikit minyak tanah pada kain buruk yang bersih dan lembut. Kemudian gosokkan di seluruh permukaan cermin. Anda akan dapati cermin muka kembali berkilat seperti baru.

Lantai sentiasa berkilat.

Bagi mengilatkan lantai papan dan jubin, sediakan sebatang lilin, dua sudu minyak tanah dan satu baldi air. Kikis lilin halus-halus dan campurkan kedalam bekas air dan minyak tanah. Kemudian sental lantai seperti biasa.

Mencantikkan perhiasan batu karang.

Pada kebiasaanya perhiasan batu karang akan hilang serinya setelah beberapa tahun. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh sapukan minyak kelapa, minyak zaitun pada perhiasan ini dan biarkan kering sendiri selama lebih kurang dua hari. InsyaAllah serinya akan kembali menyerlah.

Membersihkan bunga perhiasan.

Bunga hiasan apabila telah lama pasti ia akan menjadi kotor dan berhabuk. Untuk membersihkannya ceraikan bunga tersebut dari gubahan dan kocakkan dalam air sabun,kemudian jemur hingga kering.Setelah kering gubahlah bunga itu mengikut selera anda.

Cuci barangan perak.

Barangan perak akan tahan lebih lama jika di cuci dengan air panas dan sabun. Jangan sesekali menyimpan barangan perak dengan plastik kerana ia akan memerangkap air dan ini dikuatiri akan merosakan barangan perak tersebut.

Mehindari serangga.

Balang atau bekas hiasan memang cantik jika di susun di ruang dapur, tetapi kebiasanya serangga suka memasukinya. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuk beberapa biji buah pelaga dan bunga cengkih (asal pecah sahaja) dan masukan dalam bekas berkenaan.


Menghilangkan habuk pada bunga tiruan.

Untuk menghilangkan habuk atau sawang pada bunga tiruan,anda hanya perlu menyediakan dua tiga sudu garam halus yang di masukan ke dalam plastik bersama-sama bunga dan guncangkan beberapa kali supaya habuknya jatuh.Kemudian cucilah dengan air bersih.

Mencuci kristal.

Untuk mengembalikan seri cahaya barangan kristal, anda bolehlah menggunakan sebiji ubi kentang yang di kisar dan ambil air tapisannya. Cuci kristal dengan air berkenaan sebelum di bersihkan dengan air sabun. Akhir sekali bilas dengan air bersih.

Mengilatkan barangan tembaga.

Bagi mengilatkan barangan tembaga anda bolehlah menggunakan segengam garam dan sekepal asam jawa. Gaul dengan sedikit air biasa dan lumurkan pada barang tembaga yang hendak dikilatkan. Biarkan sebentar, kemudian jirus dengan air bagi menanggalkan bahan lumuran dan bilas sekali lagi. Kemudian lap dengan kain lembut dan bersih.

Menegangkan langsir net.

Biasanya langsir net mudah kendur. Oleh itu untuk menegangkannya,cuci di dalam air campuran 15 gram gula dalam 600 mililiter air.

Mengeringkan bunga segar.

Untuk mengeringkan bunga segar,sebaiknya ia di gantung kerana jika di biarkan begitu sahaja kelopaknya akan tertanggal. Bagi bunga yang di gubah di dalam bakul,anda boleh kumpulkanya dan ikat bersama sebelum di gantung. Jambangan bunga tangan pula boleh di gantung bersekali plastik hiasan yang membalutinya.

Elak gubahan bunga segar cepat layu.

Pada kebiasaannya gubahan bunga segar akan cepat layu. Untuk mengatasinya, tambahkan gula pasir atau masukkan sekeping wang syiling satu sen dalam bekas jambangan bunga yang berisi air tadi. Gangsa daripada matawang berkenaan boleh menghalang pembiakan kuman di dalam air.

Membersih perhiasan kecil.

Untuk membersih barangan hiasan tembikar yang kecil dan di penuhi ukiran timbul, seeloknya di rendamkan di dalam bekas plastik. Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada perhiasan akan pecah apabila terhantuk dengan bekas.

Membangkitkan seri perabot rotan.

Perabot rotan, lama kelamaan akan menjadi pudar dan kusam. Untuk menyerikannya semula, basuh dengan air sabun kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan cuka. Keringkan dengan kain lembut. Hasilnya perabut rotan akan berseri semula.

Rujukan petua-petua seterusnya:

Selamat mencuba.


About these ads

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

5 thoughts on “Petua Baru dan Lama

  1. Syabas ,

    Posted by mohd helmi bin abd ghani | January 20, 2011, 4:21 pm
  2. wah bagus ni banyak petua yang menarik untuk diamalkan

    Posted by alampetua | March 12, 2011, 1:21 am
  3. banyak petua kt sini..harap dapat jimat kos dan masa. tq

    Posted by Sweet | February 15, 2012, 1:57 pm
  4. banyaknye petua……thanks..bleh amal selalu

    Posted by aisyah | May 27, 2012, 5:10 pm
  5. yang cara menghilangkan karat tu tak payah letak air sekali kan??

    Posted by Nur Adhani Jelani (@nuradhanijelani) | February 15, 2013, 12:42 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: