Maklumat Umum

Teknologi Sel Induk

Kemajuan sains dan teknologi yang semakin berkembang pada masa ini telah banyak membantu kita mengenali kekuasaan penciptaan alam semesta. Pada dekat terkini, saintis telah membongkar rahsia penyakit yang boleh diubati menggunakan sel-sel yang terdapat di dalam tubuh badan manusia sendiri.

Saintis di Barat telah berhasil menemui sumber “stem cells” terbaru yang boleh digunakan untuk memperbaiki kerosakan organ badan manusia.

Perubatan “Stem Cells” atau Sel Induk mungkin jarang didengari atau kurang diketahui oleh kebanyakan masyarakat umum. Namun ianya telah lama dibuat kajian serta diperbincangkan di kalangan para saintis dan ahli-ahli perubatan.

Stem Cells atau Sel Induk adalah merupakan sel permulaan yang menumbuhkan semua organ dalam badan haiwan dan manusia semasa perkembangan embrio. Sel Induk memiliki kelebihan untuk berkembang menjadi berbagai jenis sel matang seperti sel saraf, sel otot, jantung, sel otot rangka dan sel pankreas. Sel Induk juga mampu untuk membentuk semula selnya sendiri.

Sel Induk boleh ditemui pada darah dalam ari-ari dan tali pusat serta sum-sum tulang belakang. Penemuan terbaru dari US ada menyatakan bahawa mereka telah berhasil memperolehi sumber sel induk dari air ketumban ibu hamil dan menumbuhkan sel tersebut di makmal percubaan. Penemuan ini membuka ruang untuk mendapatkan sel induk dengan cara yang lebih beretika.

Sebelum ini, para saintis telah mendapatkan sumber sel induk dari embrio yang digugurkan, uri bayi dan kaedah pengklonan. Cara ini telah mendapat kritikan hebat kerana setelah sel induk diperolehi, embrio tersebut akan dimusnahkan. Para pengkritik telah menyatakan bahawa tindakan ini adalah tindakan yang menyerupai kanibalisma.

Penemuan saintis daripada Jepun dan Wisconsin telah berjaya memprogramkan semula sel kulit manusia dewasa bagi menghasilkan sel induk yang sama seperti sel induk yang terhasil dari embrio yang boleh ubah menjadi sel jantung, sel saraf atau lain-lain tisu.

Sementara itu, penyokong kaedah ini menyatakan bahawa teknologi sel induk adalah merupakan penemuan yang mengagumkan dan memberi harapan cerah untuk mengubati berbagai penyakit seperti diabetes, penyakit kanser darah, Parkinson atau Alzheimer.

Setiap ilmu yang Allah s.w.t. kurniakan sudah pasti ada rahsia dan ada manfaatnya. Diharap agar teknologi ini dapat dikembangkan oleh para saintis Islam yang kelak lebih banyak membuat rujukan serta penemuan melalui kitab Al-Quran dan Hadis. Semoga ianya akan lebih mendatangkan manfaat kepada manusia sejagat.

Kini di Malaysia ada terdapat klinik dan hospital yang menawarkan khidmat menyimpan uri bayi yang baru lahir untuk tujuan sendiri di masa akan datang jika memerlukan. Ianya juga boleh digunakan untuk kegunaan semua ahli keluarga. Jika berkesempatan mengunjungi klinik-klinik besar atau hospital, anda boleh mencari bahan rujukan atau bertanyakan berkenaan kemudahan ini.

Sumber: Wikipedia, Medical News Today

About these ads

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Teknologi Sel Induk

  1. tenkiu very much 4 da info so amazing! that’s make my project have done well! =)

    Posted by Nor Emma | March 28, 2012, 11:03 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: