Selamat datang dan jutaan terima kasih kepada semua para pengunjung. Bagi tetamu yang baru sahaja mengunjungi kami di sini, berikut adalah penerangan serba ringkas berkenaan Tajas Homestay Shah Alam.
Tajas Homestay adalah kemudahan penginapan serba lengkap di sebuah rumah teres 21/2 (Dua setengah) tingkat yang terletak di kawasan perbandaran Seksyen 7, Shah Alam.
Kelengkapan yang telah kami sediakan adalah Aircond (2 bilik tidur), kipas angin (2 bili tidur), TV, mesin basuh, dapur masak, cerek elektrik, sterika elektrik, peti sejuk serta kelengkapan untuk memasak.
Ada terdapat 4 buah bilik tidur serta 2 bilik air. Ruang tamu, ruang makan, dapur masak, bilik tidur (sebuah) serta bilik air (sebuah) ada terletak di bahagian tingkat bawah rumah ini. Sementara itu, ada terdapat ruang keluarga di tingkat atas yang disambungkan dengan 3 buah bilik tidur dan sebuah bilik air. Ruang utama rumah ini adalah sedikit luas dan selesa.
Homestay ini mempunyai ruang letak kereta yang boleh memuatkan lebih kurang 4 buah kereta bersaiz kecil dan sederhana. Namun begitu, kami menggalakkan para tetamu untuk meletakkan kenderaan secara tersusun dan tidak menganggu aliran trafik dan jiran bersebelahan. Sekiranya anda membawa kenderaan yang lebih, adalah dinasihatkan untuk mencari tempat letak kereta yang sedikit jauh daripada kawasan kejiranan yang berdekatan.
Homestay kami adalah terletak di kawasan perbandaran yang sangat strategik iaitu bersebelahan dengan UITM, UNISEL, I-City, kawasan perniagaan Seksyen 7, Kompleks Belia dan Kompleks Kesihatan Seksyen 7 yang sedang dibina. Kemudahan restoran, pasaraya, 7-Eleven, Kedai Dobi dan sebagainya adalah sangat berhampiran dan sesetengahnya di buka sehingga larut malam kerana terdapat permintaan daripada para pelajar yang tinggal berhampiran.
Kemudahan ini adalah terhad kepada tetamu yang beragama Islam sahaja. Terima kasih kerana membantu kami memperkenalkan Tajas Homestay kepada sahabat-handai, saudara-mara serta kenalan yang terdekat. Untuk maklumat lanjut sila klik Gallery.






Discussion
No comments yet.