Penjagaan Rumah

Petua Membersihkan Perkakas Rumah

Petua yang kami ingin kongsikan kali ini walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih atau ‘white distilled vinegar’ boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah.

Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria dan juga kuman.

Mencuci menggunakan cuka adalah cara yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya dan cuka juga adalah bahan  yang mesra alam dan sangat menjimatkan.

Cuka yang kami maksudkan di bawah ini adalah cuka putih yang biasa digunakan dalam resepi masakan. Berikut adalah petua-petuanya:-

Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur; Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.

Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula; Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai; Tuangkan 1 cawan soda bikarbonat, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.


Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah; Tuangkan sehingga rata ½ cawan  Serbuk-penaik (baking powder) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

Cuci Microwave oven; Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.

Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais; Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais; Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.

Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak; Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.

Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar; Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.

Tanggalkan daki yang melekat pada cawan; Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.

Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik; Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.

Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan; masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.

Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’; Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.

Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dll; rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.

Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk; Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.

Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas; Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.

Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin; Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.

Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven; Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.

Untuk menyegarkan bilik air; Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

Membersihkan tompokan kotoran pada karpet; Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).

Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.); Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam; Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘soda bikarbonat’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.

Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar; Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.

Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium; Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.

Menghindarkan semut; Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.

Memulihkan sponge atau pengelap pinggan; Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.

Rujukan petua-petua seterusnya:

Selamat mencuba.

About these ads

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

2 thoughts on “Petua Membersihkan Perkakas Rumah

  1. maklumat berguna tapi serbuk penaik= baking powder. baking soda = soda bikarbonat. sila buat pembetulan.

    Posted by cik kak | September 17, 2012, 11:19 am
  2. Saya biasanya menggunakan jus lemon dalam air apabila i adalah tingkat saya, ia benar-benar bau baik.

    Posted by Catherine | August 29, 2013, 2:40 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: