Rekod Dunia

12 Negara Yang paling Sedikit Penduduknya Di Dunia

Tahukah anda? Negara yang paling sedikit penduduknya di dunia adalah terletak di sebuah pulau yang paling terpinggir bernama Pitcairn Islands. Negara ini hanya mempunyai 67 orang penduduk sahaja ibarat sebuah perkampungan. Mengikut rekod bancian pada 1hb Julai 2011, Pitcairn Island adalah sebuah negara yang  masih berada di bawah jajahan British dan mempunyai penduduk yang paling sedikit di dunia.

Vatican City yang terletak di bandar Rome, Itali adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara ‘merdeka’ yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia. Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar) sahaja.

Sebahagian besar negara yang mempunyai penduduk yang paling sedikit ini adalah negara yang masih dibawah jajahan negara-negara lain kecuali negara Vatican City dan negara Niue.


12 negara yang mempunyai jumlah penduduk paling sedikit mengikut senarai penduduk dunia yang berpandukan kepada ISO standard ISO 3166-1 adalah seperti dalam senarai di bawah.

Kedudukan Tangga Negara Jumlah Penduduk Tarikh Anggaran Status Negara
1 Pitcairn Islands 67 July 1, 2011 Jajahan British
2 Cocos (Keeling) Islands 596 July 1, 2010 Jajahan Australia
3 Vatican City 800 March 1, 2011 Merdeka
4 Niue 1,400 July 1, 2011 Merdeka
5 Christmas Island 1,403 July 1, 2010 Jajahan Australia
6 Tokelau 1,411 October 18, 2011 Jajahan New Zealand
7 Norfolk Island 2,302 August 9, 2011 Jajahan Australia
8 Svalbard and Jan Mayen 2,394 July 1, 2011 Jajahan Norway
9 Falkland Islands 3,000 July 1, 2011 Jajahan British
10 Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha 4,255 (5661) February 10, 2008 Jajahan British
11 Montserrat 4,932 July 1, 2009 Jajahan British
12 Saint Pierre and Miquelon 6,082 January 1, 2009 Jajahan Perancis

Nota: Sila klik nama-nama negara yang tersenarai untuk melihat fakta menarik berkenaan negara-negara tersebut.

Sumber rujukan: Wikipedia, World Fact Book

About these ads

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: