Salasilah Para Nabi dan Rasul

Nabi-nabi adalah para hamba Allah S.W.T yang telah diberikan wahyu, sementara para Rasul adalah hamba-hamba-Nya yang diberikan wahyu serta diperintahkan untuk menyampaikan kepada manusia. Jumlah nabi-nabi ialah seramai 124,000 orang dan 313 daripada nabi-nabi ini telah terpilih menjadi rasul.

Rasul-rasul yang wajib dikenali ialah seramai 25 orang. Ulul ‘ASzmi adalah para rasul yang teguh dan sabar dalam menghadapi cubaan (Al-Qaf:35 / Al-Ahzab:7) . Ada seramai 5 orang Rasul yang digelar Ulul ‘Azmi iaitu Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S dan Nabi Nuh A.S.

Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul ialah:-

  1. Al-Quran: Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Injil: Nabi Isa A.S.
  3. Zabur: Nabi Daud A.S.
  4. Taurad: Nabi Musa A.S.

Berpandukan kepada sumber-sumber rujukan yang telah kami perolehi, di sini akan kami kongsikan sedikit  maklumat berkenaan salasilah, umur (sebahagian sahaja) kehidupan para Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T. Kami juga telah memasukkan sedikit maklumat berkenaan kaum-kaum serta lokasi mereka.

BIL NAMA HIDUP SEHINGGA UMUR SALASILAH KETURUNAN(Nota: “/” ringkasan untuk “Bin”) DIUTUS KEPADA KAUM/ TEMPAT NOTA
1 ADAM A.S 1000 tahun - Bapa kepada semua manusia. Syurga (Tempat penciptaan)sebelum diturunkan ke dunia. Ibnu Abbas meriwayatkan, “Adam diturunkan di India dan Hawa di Jeddah. Adam pun mencari Hawa hingga tiba di Jama’, lalu Hawa didekatkan kepadanya—karena itulah dinamakan Muzdalifah. Akhirnya, mereka pun bertemu di Jama’.
- SYITS 972 tahun Adam A.S. (1000 thn) Mesir Bukan Rasul, tetapi Nabi yang diberikan Wahyu
2 IDRIS 865 tahun Yarad (962 thn) / Mahlayl (865thn) / Qanin (910thn) / Anwasy (905 thn) / Syits A.S. (972 thn) Mesir
3 NUH 1789 tahun Lamik (777 thn) / Matwasyalakh (969 thn) / Idris A.S. (865 thn) Iraq
4 HUD * Syalikh (433 thn) / Arfakhsyaz (438 thn) / Sam / Nuh A.S. (1780 thn) Kaum Ad. Terletak Antara Yaman dan Aman sehingga sampai ke Hadramaut dan As Syajar.
- KHIDIR * Malkan / Falikh / (439 thn) / Abir (464 thn)- / Syalikh (433 thn) / Arfakhsyaz (438 thn) / Sam / Nuh A.S. (1780 thn) Bukan Rasul, tetapi Nabi yang diberikan Wahyu
5 SALLEH * ‘Ubaid / Masih / ‘Ubaid / Hadir / Tsamud / ‘Atsir / Iram / Sam / Nuh A.S. (1780 thn) Kaum Thamud. Lembah Al Qura, Jordan.
6 IBRAHIM

200 tahun Azhar (250 thn) / Nahur (148 thn) / Sarugh (230 thn) / Raghu (239 thn)-Falikh (439 thn)-Abir (464 thn)-Syalikh (433 thn)-Arfakhsyaz(438 thn)-Sam-Nuh A.S. (1780 thn) Babylon (Mughir yang terletak di antara sungai Tigris dan Eufrat). Kota Harran, Iraq.Kan’an, Syam (Hijrah)Palestin (Hijrah) Mesir (Hijrah). Mekah (Hijrah)
7 LUTH * Haran-Azhar (250 thn)-Nahur (148 thn)-Sarugh (230 thn)-Raghu (239 thn)-Falikh (439 thn)-Abir (464 thn)-Syalikh (433 thn)-Arfakhsyaz(438 thn)-Sam-Nuh A.S. (1780 thn) Kota Sodom dan Amurah di daerah Jordan.
8 ISMAIL

137 tahun Ibrahim (200 thn) Dakwah di kalangan bangsa Arab. Menetap di Mekah (Hijrah dari Palestin bersana Nabi Ibrahim A.S ketika masih dalam susuan).Membantu Nabi Ibrahim A.S untuk membina Kaabah
9 ISHAQ 180 tahun Ibrahim (200 thn) Kan’an, Palestin
10 YAAKUB 147 tahun Ishaq (200 thn) Kota Harran, Iraq (Hijrah dari Kan’an)Kan’an (Hijrah semula)
11 YUSOF 120 tahun Yaakub (147 thn) Mesir
12 AYYUB 93 tahun Maush-Razih-Al’Aish-Ishaq A.S. (180thn) Kampung Al-Batsinah, Daerah Hauran (Bahagian barat daya Syria) Al’Aish adalah saudara Nabi Yaakub A.S.
13 ZULKIFLI * Ayyub A.S. (93 thn) Kampung Al-Batsinah, Daerah Hauran (Bahagian barat daya Syria) Diutus setelah nabi Ayyub A.S.
14 SYUAIB * Yasykhar-Lawi-Yaakub A.S. (147 thn) Kaum Madyan dan Ashabul Aikah. Daerah Mi’an (Terletak antara Syam dan Hijaz)
- YUSHA’ * Nun-Afratsim-Yusof (120 thn)
15 MUSA 120 tahun Imran-Oahits-‘Azir-Lawi-Yaakub A.S. (147 thn) Bani Israel. Mesir.Negeri Madyan (Hijrah). Mesir (Dakwah). Semenanjung Sinai. Diturunkan kitab TAURAD, Rasul yang digelar ULUL A’ZMI
16 HARUN * Imran-Oahits-‘Azir-Lawi-Yaakub A.S. (147 thn) Mesir Saudara Nabi Musa A.S.
17 ILYAS * Yasin-Fankhas-Idzar-Harun Bani Israel. Kota Ba’labak, Lebanon. Kaum Bani Israil di Ba’labak adalah kaum yang menyembah berhala yang bernama Baal.
18 ILYASA’ * ‘Ady-Syautlim-Afratsim-Yusof A.S. (120 thn) Bani Israel. Kota Ba’labak Lebanon. Menggantikan Nabi Ilyas setelah kewafatnnya.
- YUSYA’ * Nun / Afratsim / Yusof A.S. (120 thn) - Bukan Rasul, tetapi Nabi yang diberikan Wahyu
19 DAUD 100 tahun Isya / Uwaid / ‘Abir / Salamun / Nakhsyun / Amina Adab / Iram / Hashrun / Faridh / Yahuza / Yaakub A.S. (147 thn) Bani Israel. Jerusalem. Yahuza adalah saudara Nabi Yusof A.S.Nabi Daud A.S. telah menjadi raja kepada Ban Israel setelah berjaya membunuh Jalut
20 SULAIMAN

52 tahun Daud A.S. (100 thn) Bani Israel. Jerusalem. Menggambil alih pemerintahan Nabi Daud A.S.
21 YUNUS * Thalut / Qaisy / Afil-Sharu / Tahwarat / Afih / Anis / Bunyamin / Yaakub A.S. (147 thn) Kota Niwana, Asyur (Terletak di hulu sungai Tigris, Mesopotania, Iraq) Bunyamin adalah saudara Nabi Yusof.Para ahli sejarah tidak menemui nasabnya (keturunannya) secara terperinci, tetapi yang jelas beliau adalah keturunan Bunyamin bin Ya’kub Bin Ishaq Bin Ibrahim A.S.
- UZAIR 40 tahun Saurio / Adiya / Ayyub / Darzana / ‘Ady / Taoy / Asbu’ / Fankhas / Idzar / Harun A.S. Seorang Nabi yang diwafatkan selama 100 tahun, kemudian dihidupkan kembali dalam keadaan muda seperti pada saat meninggal. (Al-Baqarah:259)
22 ZAKARIA * Ladun / Muslim / Shaduo / Hasyban / Daud / Sulaiman / Muslim / Shadiqah / Barkhiya / Bal’athah / Nahur / Syalum / Bahfasyath / Inamin / Ruhaiiam / Sulaiman A.S. (52 thn) Bani Israel. Baitul Maqdis.
23 YAHYA * Zakaria A.S. / Ladun / Muslim / Shaduo / Hasyban / Daud / Sulaiman / Muslim / Shadiqah / Barkhiya / Bal’athah / Nahur / Syalum / Bahfasyath / Inamin / Ruhaiiam / Sulaiman A.S. (52 thn) Bani Israel. Baitul Maqdis.
24 ISA 33 tahun Maryam / ‘Imran / Matsan / ‘Azhar / Alyud / Akhnaz / Syaduq / Iyazuz / Alqayim / Aibud / Zarababil / Syalatal / Yauhina / Barsya / Amun / Misya / Hizqia / Ahaz / Mautsam / ‘Izriya / Yauram / Yusyafath / Isya / Iba / Rahba’am / Sulaiman A.S. (52 thn) Kaum Yahudi. Baitul Maqdis.Bakal diturunkan di tengah-tengah umat Islam di akhir zaman bagi menetapkan hukum-hukum Al-Quran. Dilantik kenabian ketika berumur 30 tahun untuk mengajar kitab Taurat dan Injil kepada kaum Bani Israel.
25 MUHAMMAD S.A.W. 63 tahun Abdullah / Abdul Mutalib / Hasyim / Abdul Manaf / Qushai / Kilab / Murrah / Kaab / Luai / Ghalib / Fihrin / Malik / Nadhar / Kinanah / Khuzaimah / Mudrika / Ilyas / Mudhar / Nazar / Ma’ad / Adnan / ‘Ud / Muqawwim / Nahur / Tairah / Ra’rub / Yasyjub / Nabit / Ismail A.S. (137 thn) Umat manusia dan Jin keseluruhannya. Mekah (Keputraan & Dewasa), Madinah (Hijrah) & Semenanjung Tanah Arab.

Sumber rujukan:

1)    Salasilah para Nabi dan Rasul A.S. – Majelis Permusyawaratan Ulama Provinsi Nanngroe Acheh  Darussalam.

2)  Kisah Nabi-Nabi dalam Al-Quran- Dr Afif Abdullah Fattah Thabarah (Victory Agencie)

MyHealin.com

About these ads

3 thoughts on “Salasilah Para Nabi dan Rasul

  1. Pingback: Yang menyedihkan dan yang menggembirakan… « Tebaran Jaringanku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s