Tip Perjalanan

Tip sebelum melakukan perjalanan

IstirehatPernahkah anda merasa sedikit tekanan apabila membuat persiapan untuk pergi outstation? Terutamanya apabila anda terpaksa melakukannya secara tiba-tiba tanpa notice terlebih dahulu. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan anda tidak tahu di mana untuk bermula. Keputusan seperti pengangkutan, penginapan, bekalan makanan dan pakaian adalah mustahak. Jika anda berfikir untuk pergi melakukan perjalanan untuk urusan keluarga, urusan bisnis atau untuk bercuti, buat rancangan perjalanan anda dengan baik  agar segalanya berjalan dengan lancar.

Anda boleh lakukan tiga langkah berikut bagi memastikan kelancaran perjalanan dan menjadikannya suatu pengalaman yang menarik.

Langkah pertama – Buat rancangan Perjalanan yang sempurna.

Di antara perkara-perkara yang mesti diberi perhatian sewaktu membuat rancangan perjalanan ialah:-

  • Tetapkan lokasi-lokasi utama yang hendak dikunjungi.
  • Tetapkan Itinery apabila tiba di tempat yang dituju. Aktiviti Itinery ini biasanya akan memerlukan penggunaan wang seperti shoping, pembayaran tiket untuk lawatan, makanan, aktiviti permainan, membeli pakaian atau lain-lain perbelanjaan.
  • Tentukan jumlah orang yang akan menyertai anda.
  • Tetapkan tempoh perjalanan anda.
  • Tentukan budget yang sesuai untuk anda.

Langkah-langkah diatas adalah penting bagi menentukan keseluruhan cost semasa melakukan perjalanan. Jika ini dapat anda lakukan lebih awal, maka anda akan dapat membuat beberapa perubahan bagi memenuhi budget anda.

Langkah kedua – Buat senarai harga yang perlu di bayar sewaktu sepanjang perjalanan.

Anda boleh buat beberapa perbandingan harga semasa proses ini. Sebagai contoh, anda boleh buat senarai harga yang perlu dibayar untuk item berikut:-

  • Bandingan harga pengangkutan menggunakan flight, kereta, kenderaan sendiri, cab, bus dan lain-lain.
  • Bayaran tol sekiranya menggunakan kenderaan anda sendiri.
  • Bandingan harga untuk penginapan di Hotel, Homestay, Budget Hotel, Rumah penginapan, rumah keluarga dan lain-lain. Harga keseluruhan bergantung kepada bilangan peserta yang akan mengikuti anda.
  • Anggaran harga untuk makanan dan minuman bergantung kepada bilangan peserta yang mengikuti anda.
  • Harga untuk pembelian tiket atau untuk pendaftaran masuk jika ada.
  • Anggaran harga untuk shopping, pembelian souvenirs dan lain-lain.

Langkah ketiga – Buat perubahan yang sesuai mengikut anggaran anda.

Kini anda sudah mempunyai ‘Rancangan Perjalanan’ serta ‘Senarai Anggaran Harga’ di hadapan anda. Kemudian, buatlah beberapa pilihan mengikut senarai itinery perjalanan anda dan akhirnya jumlahkan keseluruhan harga.

Buat beberapa perbandingan harga dan lakukan sedikit perubahan dan dapatkan jumlah harga keseluruhan sekali lagi. Ulangi langkah ini beberapa kali jika perlu sehingga memenuhi anggaran anda.

Bon voyage.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Tip sebelum melakukan perjalanan

  1. Assalamualaikum & terima kasih..

    Posted by denaihati | August 17, 2009, 11:09 am
%d bloggers like this: