Tip Perjalanan

Ceklis Perjalanan untuk HariRaya

Bila tiba waktu perayaan atau cuti, kebanyakan dari kita akan mengambil peluang tersebut dengan mengadakan aktiviti berkeluarga yang melibatkan perjalanan seperti balik ke kampung, menziarahi sanak saudara, menziarahi kawan-kawan dan sebagainya.

Sebagai langkah untuk menjauhi sebarang masalah, anda boleh menyediakan checklist perjalanan dan senarai tempat-tempat yang ingin dikunjungi lebih dahulu.

Ceklis yang boleh anda sediakan:-

No Perkara-perkara untuk dilakukan Ya/ Tidak
A Semasa berada dirumah
1 Servis kenderaan
2 Pakaian Raya
3 Tukaran Duit raya
4 Paket duit raya
5 Hadiah untuk ibu dan bapa
6 Kuih Raya untuk ibu dan bapa/ keluarga
7 Permohonan cuti kerja/ sekolah
8 Zakat Fitrah
9 Sediakan itineri perjalanan
10 Barang untuk kegunaan anak-anak
11 Toiletries
B Sebelum meninggalkan Rumah
1 Tutup gas dapur masak
2 Tutup lampu, Air-cond dan kipas
3 Air dan makanan binatang peliharaan
4 Kunci tingkap, grill dan pintu
5 Wang saku perjalanan
6 Menyiram tanaman-tanaman
7 Beritahu jiran anda
C Di Petrol Station
1 Periksa Air viper
2 Periksa tayar
3 Periksa Minyak Hitam
4 Periksa coolant
5 Periksa lampu signal
6 Periksa lampu hadapan dan belakang

Perjalanan anda akan lancar jika segalanya di lakukan dengan tenang dan tidak terburu-buru. Semoga anda selamat pergi dan selamat pulang.

Enhanced by Zemanta

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: