Doa-doa pilihan, Pengalaman dan Petua di Tanah Suci

Musim Ibadah Haji dan Hari Raya Aidil Adha

اَشَرِيْsيْكَ، اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu,
tidak ada sekutu bagiMu.”

Musim haji adalah waktu yang amat di nanti-nantikan oleh semua bakal-bakal haji. Tarikh Wukuf di Arafah dan hari raya haji akan jatuh pada 9hb Zulhijjah setiap tahun.

Bagi para bakal-bakal jemaah haji yang telah menerima pengesahan dan tawaran untuk mengerjakan haji daripada pihak Lembaga Tabung Haji harus melakukan persiapan-persiapan yang lengkap sebelum berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah. Kursus-kursus Haji Perdana telah juga di laksanakan dengan jayanya oleh Pihak Lembaga dan Urusan Tabung Haji semenjak awal tahun di seluruh negara.

Untuk semua para jemaah haji yang telah menerima pengesahan awal, kami ingin mengucapkan tahniah kepada para bakal Haji dan Hajjah kerana telah terpilih menjadi tetamu istimewa untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima ini.

Kami mendoakan semoga para jemaah haji akan dapat melaksanakan ibadah serta kerja-kerja haji dengan lancar dan sempurna serta di kurniakan haji mabrur.

Sebagai panduan bagi bakal-bakal jemaah haji, berikut di sertakan ceklis atau senarai kelengkapan-kelengkapan yang perlu dibawa ke Tanah Suci:-

1) Barang-barang keperluan untuk dibawa oleh jemaah Haji lelaki

No Perkara Jumlah
1 Tuala Ihram 2 pasang
2 Baju Biasa 2 helai
3 Singlet Berlengan 4 helai
4 Tali Pinggang 1 utas
5 Baju Melayu/ Jubah 2 helai
6 Seluar Panjang 2 helai
7 Kalin Pelekat 2 helai
8 Selipar Getah 1 pasang
9 Tuala Kecil 4 helai
10 Stokin 2 pasang
11 Tuala mandi 1 pasang
12 Kasut Biasa 1 pasang
13 Baju Sejuk 1 pasang

2) Barang-barang keperluan untuk dibawa oleh jemaah Haji wanita.

No Perkara Jumlah
1 Telekung Sembahyang 2 pasang
2 Baju Kurung 3 pasang
3 Baju tidur & Seluar panjang 2 pasang
4 Mini Telekung 2 helai
5 Kain Batik 2 helai
6 Jubah 2 pasang
7 Tuala Mandi 1 helai
8 Kasut Biasa 1 pasang
9 Sarung Tangan 1 pasang
10 Stokin 2 pasang
11 Selipar Getah 1 pasang
12 Tuala Kecil 1 helai
13 Baju Sejuk 1 pasang

3) Barang-barang keperluan lain yang perlu dibawa oleh kedua-dua jemaah lelaki dan wanita

No Perkara
1 Buku Rekod Rawatan Jemaah haji
2 Buku Doa Kecil
3 Penyangkut Baju
4 Beg
5 Gunting
6 Tag nama
7 Lampu Suluh
8 Berus dan Ubat Gigi
9 Sabun Mandi
10 Uncang Kasut
11 Uncang Batu

Di antara Doa musafir yang boleh di baca selepas mengerjakan solat sunat musafir sebelum berangkat;

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِيْ سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي اْلأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَاْلأَهْلِ وَإِذَا رَجَعَ . آيِبُوْنَ تَائِبُوْنَ عَابِدُوْنَ لِرَبِّنَا حَامِدُوْنَ

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, allah Maha Besar. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kebaikan dan taqwa dalam bepergian ini kami mohon perbuatan yang meredhakan-Mu. Ya Allah! Permudahlah perjalanan kami ini dan dekatkan jaraknya bagi kami. Ya Allah! Engkaulah teman dalam pemergian dan yang mengurusi keluarga. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kelelahan dalam bepergian pemandangan yang menyedihkan dan perubahan yang buruk dalam harta dan keluarga apabila kembali. Kami kembali dengan bertaubat tetap beribadah dan selalu memuji kepada Tuhan kami.”

Kami di Tajas Homestay ingin juga mengalu-alukan para keluarga yang ingin menghantar jemaah-jemaah haji ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Jarak di antara penginapan yang kami sediakan ini ke Kelana Jaya adalah di sekitar 20 minit perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan.

Maklumat tambahan berkenaan Makkah dan Madinah:

Semoga semua para jemaah haji dikurniakan kesihatan yang baik, kesenangan dan kekuatan menjalankan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Aamiin

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: