Tip Perjalanan

Tip Tambahan Sebelum Berangkat

Berikut adalah senarai perkara-perkara tambahan yang perlu anda lakukan sebelum berangkat keluar rumah untuk perjalanan jauh atau pergi bercuti samada dalam atau keluar negara (bergantung kepada tempoh masa pemergian):

  • Pastikan jiran anda atau saudara terdekat mengetahui rancangan perjalanan anda, dan boleh bertindak jika terdapat sebarang kecemasan semasa ketiadaan anda.
  • Tangguhkan sebarang penghantaran surat menyurat atau buat penghantaran surat menyurat ke alamat P.O Box jika anda bercadang untuk keluar dalam jangka masa yang agak lama.
  • Batalkan servis penghantaran surat khabar.
  • Maklumkan syarikat Pengeluar kad kredit anda berkenaan tarikh dan lokasi perjalanan anda bagi mengelakkan pemotongan akaun disebabkan penggunaan kemudahan yang di lakukan di luar kawasan yang meragukan dan tidak mereka duga.
  • Serahkan tugas penjagaan haiwan peliharaan kepada saudara atau sahabat yang terdekat yang boleh di percayai.
  • Bersihkan tandas dan tempat-tempat yang memudahkan pembiakkan kulat, bakteria atau nyamuk semasa ketiadaan anda.
  • Periksa peti sejuk dan rak penyimpanan barang-barang makanan dan keluarkan makanan yang sudah luput tarikh atau basi.
  • Buang semua sampah sarap dan bahan buangan daripada tong sampah di dalam rumah.
  • Buat rancangan bagi pembayaran bil atau pembiayaan kewangan yang mungkin perlu di jelaskan sewaktu anda di dalam perjalanan; buat pembayaran secara online sekiranya perlu. Sekiranya anda menggunakan telefon Bimbit yang menggunakan kaedah pra-bayar, sila pastikan ianya mempunyai baki kredit yang cukup.
  • Buat pengesahan penginapan terlebih dahulu sebelum berangkat. Pastikan anda mempunyai hala tuju dan tempat untuk berehat dan tidur.
  • Periksa semua pintu dan tingkap serta pastikan semuanya terkunci dengan selamat. Sekiranya anda menggunakan kemudahan penggera keselamatan atau terdapat servis kawalan keselamatan di kawasan rumah anda, maklumkan kepada mereka tentang rancangan anda serta maklumkan siapa yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan.
  • Tanggalkan semua plug (jangan hanya di tutup); peralatan rumah anda akan menjadi lebih selamat jika tidak bersambung dengan mana-mana punca elektrik, dan tidak perlu membazir dengan membiarkan bil elektrik sentiasa bergerak semasa ketiadaan anda. Sekiranya anda ingin membiarkan sedikit lampu di dalam rumah untuk tujuan keselamatan, sila gunakan mentol yang menjimatkan tenaga dan gunakan ‘timer’.
  • Siram semua pokok bunga dan tumbuhan di laman anda.
  • Tutup semua paip air yang bersambung dengan mesin basuh, penapis air dan lain-lain peralatan yang boleh menyebabkan kebocoran.
  • Bersihkan longkang dan talang bagi mengelakkan limpahkan apabila tersumbat.

Bon Voyage.

Enhanced by Zemanta

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: