Tip Pemanduan

Petua Pemanduan Jimat dan Selamat

Sekiranya anda merancang untuk memandu jauh dalam masa yang terdekat samada untuk tujuan ‘balik kampong’ bersama isteri dan anak-anak, pergi bercuti atau untuk tujuan bertugas / perniagaan, jangan keluar rumah sebelum mengambil petua pemanduan di bawah.

Baca lagi untuk mengetahui bagaimana untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan wang, dan yang lebih penting sekali ialah memastikan keselamatan sepanjang pemanduan anda.

  1. Sebelum memulakan pemanduan jarak jauh, sila pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya dan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat. Meminum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi tidak semestinya cara yang terbaik untuk mengelakkan terlelap ketika memandu. Walaupun pada awalnya anda akan merasa lebih cergas, kesannya akan menjadi berkurangan sedikit demi sedikit, dan anda akan mudah hilang tumpuan walaupun dalam keadaan terjaga.
  2. Berhenti di tempat perhentian yang selamat atau stesyen Rehat dan Rawat (R&R ) setelah beberapa jam memandu, walaupun anda tidak terasa mengantuk. Ambil makanan ringan, dapatkan udara segar, dan kendurkan kaki anda dengan berjalan di sekitar kawasan perhentian. Ambil sedikit masa untuk tidur jika perlu.
  3. Jika boleh, kongsikan tanggungjawab pemanduan bersama rakan atau pasangan anda. Ini akan membolehkan anda dan pasangan membuat pemantauan secara bergilir ketika tidak memandu dan juga membolehkan anda berehat atau tidur sebentar tanpa berhenti dan kehilangan banyak masa. Sekiranya anda memandu bersendirian, buka radio atau muzik serta buka tingkap kenderaan. Elakkan dari menggunakan ‘cruise control’ sekiranya memandu bersendirian pada waktu malam – pemanduan manual yang memerlukan tumpuan bagi mengekalkan kelajuan akan membantu anda untuk sentiasa terjaga.
  4. Sekiranya anda terpaksa berhenti, elakkan dari meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di lorong kecemasan dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali dalam keadaan kecemasan.
  5. Ketahui undang-undang jalanraya sepanjang perjalanan anda berkenaan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Walaubagaimanapun, sekiranya bercakap menggunakan telefon bimbit adalah di benarkan di sesetengah negara, adalah lebih selamat sekiranya anda menggunakan peralatan ‘hands-free’.
  6. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang tip berikut, anda patut malu pada diri anda sendiri. Jangan minum minuman keras sebelum, ketika memandu atau apabila tidak memandu….
  7. Dapatkan maklumat tentang cuaca melalui radio atau perhatikan langit dan keadaan cuaca sepanjang perjalanan. Rancang semula perjalanan sekiranya perlu. Perubahan arah perjalanan akan membantu menjimatkan banyak masa anda terutamanya ketika berlaku penutupan jalan atau kesesakan lalulintas di sebabkan kejadian banjir atau tanah runtuh.
  8. Layari laman web atau buka radio apabila menghampiri bandar-bandar utama untuk mendapatkan berita terkini berkenaan keadaan lalulintas.
  9. Anda sepatutnya merancang arah perjalanan yang tepat sebelum meninggalkan rumah – tetapi bawa juga bersama anda peta jalanraya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada terdapat sebarang perubahan atau tersesat.
  10. Sekiranya anda menggunakan kereta sewa atau kenderaan yang tidak biasa anda pandu, sila biasakan diri terlebih dahulu dengan kenderaan tersebut dan juga biasakan dengan peralatan dan kelengkapan didalam kenderaan tersebut (i.e. horn, brake, lampu kecemasan dll.)
  11. Kunci barang-barang berharga didalam bonet atau’glove compartment’ dan susun kesemua beg pakaian di dalam bonet.
  12. Kenalpasti undang-undang jalanraya setempat lebih-lebih lagi apabila anda memandu di luar negara. Untuk undang-undang antara bangsa, sila lihat Renting a Car Abroad.
  13. Pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik – yang mana tayar mengandungi angin secukupnya, air dan minyak enjin berada di tahap yang baik dan tangki minyak telah diisi secukupnya. (Untuk pemanduan yang agak jauh, anda perlukan seorang mekanik untuk membuat pemeriksaan yang lengkap.)
  14. Fikirkan untuk menyertai keahlian AAA atau mana-mana syarikat yang di percayai. Anda tidak akan menyesal sekiranya berlaku sebarang kerosakan dimana-mana.
  15. Amalkan cara pemanduan yang menjimatkan petrol bagi meminimakan kos. Kurangkan kekerapan penggunaan brek dan menekan pedal secara mengejut secara silih berganti. Keluarkan bebanan yang tidak Perlu daripada kereta anda, jangan memecut bagi mengurangkan penggunaan petrol.
  16. Jangan menunggu sehingga tangki minyak anda mencecah tahap ‘E’ untuk mengisi semula minyak. Dalam perjalanan yang anda tidak biasa melaluinya, anda tidak tahu bilakah anda akan bertemu dengan station minyak. Sebaik sahaja tahap petrol anda mencecah satu perempat daripada tangki, cuba cari tempat untuk mengisi semula tangki minyak kereta anda.
  17. Apabila bersama kanak-kanak, pastikan anda berhenti sekerap yang mungkin –  bukan sahaja untuk makanan ringan atau ke tandas, tetapi ianya juga bertujuan untuk bersantai. Kenalpasti tempat-tempat perhentian yang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak. Sediakan permainan, buku dan hiburan di dalam kereta untuk anak-anak anda.
  18. Sekiranya anda ingin membeli bekalan makanan-makanan ringan untuk di makan sepanjang perjalanan, beli di pasaraya atau kedai-kedai runcit kerana harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding di stesyen minyak atau R&R.
  19. Dalam perjalanan yang jauh, sediakan tuala kecil, Tupperware dan peti penyimpan ais untuk simpanan makanan. Anda juga perlukan first-aid kit, lampu suluh, bantal dan selimut. Sediakan juga ‘jumper cables’ dan tayar spare.
  20. Akhir sekali, sebagaimana yang telah semua ketahui tetapi amat mustahak dan perlu ditekankan disini: Tolong pastikan bahawa semua pemandu dan penumpang telah memasang tali pinggang keledar. Ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi di sesetengah tempat, ianya menjadi prasyarat dalam mematuhi undang-undang jalanraya.

Selamat memandu.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: