Buah Fikiran

Kos-kos tertinggi Perniagaan

Sesebuah perniagaan akan berpeluang untuk berkembang maju sekiranya kewangannya dapat diurus dengan baik sehingga berjaya mencapai peratusan keuntungan yang tinggi.

Pengurusan kewangan perniagaan juga saling berhubung kait di antara kos perbelanjaan pengurusan dan pencapaian jualan. Sekiranya syarikat berjaya diurus sehingga mencapai jualan yang lebih tinggi dengan kos pengurusan/ overhead yang rendah, maka ianya akan menghasilkan peratus keuntungan yang lebih tinggi.

Tahukah anda, apakah kos-kos tertinggi yang biasa ditanggung oleh sesebuah syarikat perniagaan kecil?

Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh syarikat BIGresearch dan SAM’S CLUB dari USA, 10 jenis kos yang menduduki tangga tertinggi dalam keseluruhan kos perniagaan yang biasa di tanggung oleh syarikat-syarikat kecil ialah seperti seperti berikut:

  1. Insuran Kesihatan (43.1%)
  2. Talian internet/ Broad Band (35.9%)
  3. Handphone (33.9%)
  4. Kos Tenaga Elektrik (31.7%)
  5. Pengiklanan (22.2%)
  6. Perkhidmatan Perakaunan (16.9%)
  7. Khidmat Pesanan (12.8%)
  8. Talian Internet (11.8%)
  9. Konsultan Perancangan Kewangan (8.3%)
  10. Perkhidmatan Penghantaran (7.8%)

Kawal-selialah kos perniagaan anda dengan cara yang terbaik dan elakkan daripada melakukan pembaziran.

Enhanced by Zemanta

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: