Amalan, Nutrisi, Penjagaan Kesihatan

Khasiat Buah Kurma

Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi, kebanyakan kita sudah merancang untuk membuat persediaan terutamanya bagi menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Buah Kurma adalah sangat sinonim dengan amalan berpuasa di negara ini samada di jadikan pembuka mulut semasa berbuka dan bersahur atau di jadikan resepi minuman atau kuih-muih.

Selain pemakanan sunnah, buah kurma juga ada menyimpan berbagai rahsia dan memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita.

Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :


Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.” (Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.  Kurma membantu membekal serta memulihkan tenaga dengan segera kepada tubuh badan kita.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud : “Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Dengan adanya berbagai kahasiat yang terdapat pada buah kurma, ianya juga sangat sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Semoga ibadah puasa kita akan lebih bermakna dengan mengamalkan salah satu amalan pemakanan sunnah  dan  dalam masa yang sama mendapat banyak manfaat dan membantu untuk meneruskan tugasan harian disamping dapat melipat gandakan amalan ibadah sepanjang bulan Ramadan yang penuh dengan Barakah ini.

Salam Ramadhan Mubarak. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan.

Enhanced by Zemanta

Discussion

2 thoughts on “Khasiat Buah Kurma

  1. Setuju benar dengan artikel anda.
    Saya akan memulakan berbuka dengan 3 atau 7 biji kurma bersama susu rendah lemak.
    Diluar bulan ramadhan kurma sentiasa berada di peti ais sebagai makanan sampingan harian.

    Posted by Jamil | August 14, 2010, 1:35 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: