Majlis dan Sambutan

Bulan Merdeka

Tanggal 31hb Ogos 2010 bersamaan  21hb Ramadhan 1431 hijrah adalah merupakan tarikh yang bersejarah dan perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia kerana negara ini bakal meraikan kemerdekaannya yang ke  53. Malaysia telah bebas daripada belenggu penjajahan selama beratus-ratus tahun di tangan  Portugis, Belanda, British dan Jepun. Hakikat yang amat pahit untuk di kenang.

Semoga bangsa dan negara ini tidak lagi di jajah dalam apa jua bentuk penjajahan sehingga ke akhir zaman.

Di dalam Bulan ini juga akan muncul satu bulan yang sangat istimewa buat semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebagaimana yang kita semua telah sedia maklum, bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemerdekaan daripada gangguan dan godaan syaitan dimana umat Islam bebas untuk mengerjakan ibadah dengan sebaik-baiknya. Ganjaran yang menunggu adalah berlipat kali ganda.

Pada 21hb Ramadhan adalah juga merupakan fasa ketiga 10 hari dalam bulan puasa dimana Allah s.w.t telah menjanjikan pembebasan dari api neraka bagi hamba-hambaNya yang diredhai. Semoga kita semua termasuk di dalam golongan-golongan yang mendapat rahmat (terdapat dalam 10 hari fasa pertama bulan Ramadhan), “maghfirah” atau pengampunan (dalam 10 hari fasa kedua bulan Ramadhan) dan seterusnya mendapat pembebasan daripada siksa neraka. (terdapat dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan). Amin.

Bersama-samalah kita memelihara serta mengejar kedua-dua jenis kemerdekaan yang amat berharga ini dengan penghayatan serta amalan yang terbaik sehingga tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Selamat mengerjakan ibadah sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Salam merdeka buat semua!

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: