Lain-Lain

Menjadi Rakan Homestay

Konsep homestay yang di usahakan oleh para pemilik rumah kediaman di bandar-bandar dan pusat peranginan secara tidak langsung dapat membantu para  pengembara membuat pilihan penginapan mengikut budget dan keperluan masing-masing.

Para pengunjung mempunyai pilihan penginapan yang bersesuaian tanpa mengambil risiko tidur di luar atau didalam kenderaan terutamanya pada musim cuti dan perayaan yang mana kebanyakan tempat-tempat penginapan dan hotel akan sentiasa penuh dan mengenakan caj yang terlalu tinggi.

Terdapat juga permintaan daripada para pelanggan yang memerlukan penginapan yang agak luas bagi menempatkan jumlah pengunjung yang ramai seperti rombongan pelajar sekolah, rombongan pasukan sukan dan lain-lain.

Kami mencadangkan para pelanggan  untuk menghubungi beberapa pengusaha homestay yang berdekatan untuk membuat tempahan tambahan bagi menempatkan anggota rombongan masing-masing. Pengasingan di antara anggota lelaki dan wanita juga dapat di lakukan sekiranya menyewa dua buah homestay yang berasingan.

Bagi membantu mendapatkan maklumat berkenaan homestay lain, disini kami sertakan senarai pengusaha-pengusaha homestay negeri lain seperti di Shah Alam Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Kami mengalu-alukan para pengusaha homestay yang lain untuk tampil menyertai affiliate kami dengan bertukar-tukar link dengan portal ini tanpa sebarang syarat tambahan.

Cara untuk menyertai Rakan Homestay kami secara percuma ialah hanya dengan bertukar link ke laman web anda. Untuk menyenaraikan homestay anda di dalam portal ini, sila isikan borang dibawah dan hantar kepada kami.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: