Amalan, Lain-lain Petua

Petua Murah Rezki

Topik kali ini adalah berkenaan rezki. Di harapkan agar dengan perbincangan ini, ianya dapat megurangkan sedikit rasa stress kerana berhadapan dengan masalah kewangan atau bebanan hutang dan seterusnya bertemu dengan jalan keluar.

Renungkan kembali ungkapan-ungkapan berikut :-

“Blacklist pun boleh approve” atau “Anda mengalami masalah kewangan? Kami sedia membantu” atau “ Kami bukan Along, kami Cuma nak tolong” atau “Titun pun boleh jadi kayerr”. Persoalannya, adakah mereka benar-benar ‘BOLEH’ membantu?

Di dalam menghadapi masalah kewangan atau mencari sumber rezki, kadang kala kita akan merasa tertekan, tidak selera makan, buntu, tidak lena tidur, kecewa dan sebagainya. Pendek kata, dunia ini menjadi semakin sempit dan jiwa akan menjadi tidak tenteram.

Di dalam situasi begini, secara lumrahnya manusia akan mula tercari-cari dan akan sering bertemu dengan ramai golongan ‘opportunis’ yang cuba menangguk di air keruh dengan tampil menawarkan berbagai-bagai janji dan formula yang kononnya boleh menyelesaikan masalah kewangan dengan mudah dan cepat. Berbagai pujukan manusia dan hasutan syaitan akan tampil menabur janji yang kononnya boleh membantu memberikan jalan keluar.

Sebelum anda mengambil sebarang keputusan, sila pertimbangkan terlebih dahulu pesanan ‘Tuan Guru’ yang pernah saya dengar menyentuh tentang petua untuk mencari rezki.

Mengikut beliau, umpama kita ingin meminjam sebatang pen, kita mestilah meminta kebenaran daripanya orang yang  empunya pen tersebut. Begitu juga jika kita ingin mendapatkan rezki, carilah dan meminta izin terlebih dahulu  daripada ‘Tuan punya Rezki’ iaitu Allah s.w.t. Tidak perlu meminta kepada yang lain selain daripada-Nya.

Ada terdapat lebih kurang 70 cara untuk membuka pintu rezki contohnya tekun bekerja yang di iringi dengan melakukan amal-amal soleh seperti  berbuat baik kepada kedua ibu bapa, menyambung tali silaturrahim, berpuasa, meninggalkan maksiat, mendirikan solat sunat Dhuha dan solat hajat, memperbanyakkan istighfar, perbanyakkan berdoa, memberi makan kepada fakir miskin, bersedekah, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Manusia sering mencari jalan yang salah dalam mencari rezki seperti dengan berusaha tanpa diiringi dengan melakukan amalan soleh? Sebaliknya, mereka lebih cenderung kepada  melakukan perkara-perkara yang  mengundang kemurkaan Allah s.w.t seperti rasuah, menipu daya, menghasut, menindas atau yang lebih ‘tragis’ dengan  meminta pertolongan bomoh atau pawang. Bayangkan apa akan terjadi apabila semasa dalam kesibukan tersebut, mereka di timpa musibah dan di jemput kembali ke Rahmatullah? sedangkan mereka masih melakukan perkara kufur serta maksiat dan tidak sempat untuk bertaubat.(نعوذ بلله).

Dalam hal mencari rezki, janganlah kita terpedaya sehingga bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t.

Peliharalah juga aqidah kita agar tidak meletakkan sebab musabab rezki kita berpunca daripada makhluk biasa seperti Penguasa yang meluluskan projek, Taukeh yang memberi komisyen, Bos yang menaikkan gaji, hasil jualan kedai, kerana pelanggan, kerana formula itu dan ini, bomoh, pawang atau ‘SiFU’. Sebaliknya salurkan keyakinan kita yang memberikan rezki itu hanya Allah s.w.t. semata-mata dan tiada yang selain daripada-Nya.

Kesimpulannya, carilah penyelesaian masalah rezki ini melalui amalan-amalan soleh dan yang paling mustahak sekali ialah pastikan bahawa hati kita sedikitpun tidak cenderong atau terikat dengan tipudaya dunia sehingga mengabaikan akhirat. Renungkan pula ungkapan ini: “Jika kamu mengejar dunia, akhirat akan pergi meninggalkan kamu. Sebaliknya jika kamu mengejar akhirat, dunia pula akan berlari mengejar  kamu”.

Semoga hadis-hadis berikut akan menjadi panduan serta motivasi di dalam memulakan usaha meraih keredhaan-Nya.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir.” (Hadis riwayat al-Baihaqi, dianggap sebagai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Sahih).

Daripada Ibn Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, kefakiran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya.” Dan Ibn Mas’ud r.a. selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam. (Riwayat al-Baihaqi, juga dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar).

Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dan daripada Anas bin Malik r.a. berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Maksud sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

Maksud sabda Nabi s.a.w : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( H.R Al-Baihaqi )

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah s.a.w lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si polan. sekian untuk si polan dan sekian lagi untuk si polan. ( H.R Al-Bukhari )

Al-Nawawi berkata dalam Al-Adzkar: Kami meriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud dan Ibn Majah dari Ibn Abbas, ia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa banyak membaca istighfar, maka Allah memberinya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kebebasan dari setiap kesusahan serta memberinya rezki dari jalan yang tak disangkanya.”

Doa sering di baca selepas solat sunat Dhuha:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.

Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Amin.

والله أعلم بالصواب

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Petua Murah Rezki

  1. terima kaseh…

    Posted by norazhar ali | March 12, 2012, 2:58 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: