ILMU dan Amal, Kejadian Alam

Keajaiban Telaga Zam Zam

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Dunia barat telah gagal menanamkan keraguan terhadap sumber Air Zam Zam. Mereka telah mempersoalkan tentang keberkatan serta keupayaan telaga Zam Zam yang mampu menampung keperluan jutaan umat Islam yang berkunjung ke Mekah semenjak dari dahulu sehingga hari ini. Ini adalah kerada kedudukan Mekah yang jarang menerima hujan dan mengalami suhu panas melampau dimana kawasan-kawasan tadahan di sekitarnya semuanya kering belaka.

Telaga Zam Zam telah lama di kenali semenjak zaman Nabi Ismail a.s. iaitu ketika ibundanya Siti Hajar berlari-lari diantara bukit Safa dan Marwah untuk mencari air di padang pasir yang tandus dan kering pada ketika itu.

Setelah ratusan tahun pasca penggaliannya, Kerajaan Arab Saudi telah menjalankan projek terbesar untuk pembersih telaga Zam Zam dan membuat lakaran yang sangat lengkap berkenaan keadaan perigi Zam Zam, sumber mata air dan lain-lainnya.

Pada ketika itu, di Eropah telah tersebar daayah di kalangan orang-orang yang cuba menimbulkan keraguan terhadap Islam kononnya air Zam Zam tidak layak untuk di minum. Berdasarkan andaian bahawa lokasi perigi Zam Zam yang terletak di tengah-tengah Mekah dan di paras yang lebih rendah dari permukaan laut, mereka yakin bahawa air limbahan daripada kawasan sekitarnya yang tidak bersih boleh berkumpul di telaga Zam Zam.

Berikutan daripada  itu, suatu keputusan telah di buat pada tahun 1971 untuk membawa sampel air Zam Zam ke sebuah makmal di Eropah bagi mengesahkan kepada seluruh dunia samada air Zam Zam  adalah layak dan selamat untuk di minum.

Mu’inuddin Ahmad, seorang Jurutera Kimia  yang juga merupakan pegawai di Jabatan Pertanian dan Saliran Arab Saudi pada masa itu mengatakan bahawa dia telah mengambil sampel air Zam Zam untuk di jadikan kajian. Itulah kali pertama beliau dapat melihat secara terus punca air Zam Zam.

Secara logiknya, agak sukar untuk beliau mempercayai keajaiban telaga ini yang hanya berukuran hanya 18 kaki tinggi dan lebarnya tidak lebih dari 14 kaki tetapi mampu memenuhi keperluan jutaan gallon air setiap tahun bagi jutaan jemaah Haji semenjak penemuannya di zaman Nabi Allah Ibrahim a.s. lagi.

Untuk mengzukur saiz telaga Zam Zam, Mu’inuddin telah mandi terlebih dahulu dan kemudiannya turun kedalam telaga tersebut yang airnya bertakung hingga ke paras bahu. Beliau cuba mencari punca aliran air di seluruh penjuru telaga tetapi tidak bertemu dengan sebarang sumber.

Beliau membuat keputusan untuk menyedut telaga Zam Zam menggunakan pam penyedut air yang besar dan berkuasa tinggi. Ini adalah bertujuan untuk melihat punca matair yang memasuki telaga Zam Zam. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengeringkan telaga tidak membuahkan hasil kerana air tidak pernah susut walaupun sekuat mana dan sebanyak mana air itu di sedut. MasyaAllah!.

Dari situ, Mu’inuddin telah mengambil sampel untuk di bawa ke makmal di Eropah. Ujikaji yang sama juga telah di lakukan oleh Jabatan Pertanian dan Saliran Arab Saudi terhadap sampel air Zam Zam tersebut di makmal mereka. Akhirnya, hasil dari kajian kedua-dua makmal tersebut telah mengesahkan bahawa air Zam Zam adalah selamat untuk di minum.

Perbezaannya, air Zam Zam di dapati mengandungi kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi yang menjadi salah satu faktor air Zam Zam ini dapat memberi kesegaran dan semangat kepada para jemaah haji yang mengalami jerit payah dan keletihan ketika mengerjakan ibadah haji. Lebih dari itu, air Zam Zam mengandungi rangkaian unsur fluorine yang berfungsi untuk membasmi kuman.

Hasil uji kaji makmal di Eropah ini telah menggagalkan usaha barat untuk menanamkan keraguan terhadap mukjizat air Zam Zam. Namun begitu, tanpa bukti uji kaji makmal seluruh umat Islam telah di yakinkan terlebih dahulu melalui rekod sejarah air Zam Zam yang semenjak kira-kira 4900 tahun dahulu lagi telah di gunakan sebagai minuman oleh jutaan jemaah haji tanpa mengalami sebarang masalah malah memberi khasiat yang luar biasa. Air Zam Zam yang di sediakan untuk para jemaah haji adalah di ambil terus dari sumber telaga Zam Zam tanpa di rawat dengan klorin.

Subhanallah! Di antara mukjizat yang terdapat pada air Zam Zam lagi ialah, di dalamnya tidak pernah membiak tumbuhan kulat atau hidupan-hidupan lain yang terdapat di dalam telaga-telaga lain sehingga membuatkan rasa serta baunya berbeza-beza. Sekiranya anda berpeluang untuk menyimpan air Zam Zam di tanah air, ianya tetap segar seperti biasa walaupun di simpan lama di dalam rumah anda.

Salah satu keajaiban lagi ialah, bagaimana di kawasan gurun batu yang tandus, kering dan panasnya boleh mencecah sehingga 500 darjah celsius itu boleh muncul sebuah telaga yang tidak pernah kering sejak ribuan tahun silam malah telah di ambil oleh berbillion manusia semenjak penemuannya.

Sementara itu, kerja-kerja pembinaan untuk pembesaran Masjidil Haram yang sangat ‘mega’ telah dijalankan semenjak tahun 2007 sehingga kini yang melibatkan penggalian serta pemecahan batu granite dan penggalian tanah bagi pembinaan ruang basement di sekitar pembangunan. Namun, sehingga kini tiada terdapat sebarang laporan tentang penemuan sumber matair semasa penggalian di buat. Malah telaga Zam Zam masih membekalkan air seperti biasa tanpa mengalami sebarang gangguan.

Wallahua’lam.

Nabi s.a.w. bersabda,

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan sebagai ubat kepada penyakit.

Doa ketika hendak meminum air Zam Zam;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا

Ya Allah! aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,

وَرِزْقًا وَاسِعًا

Dan rezki yang luas,

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Dan ubat dari segala penyakit. (H.R. al-Hakim)

Amin.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Keajaiban Telaga Zam Zam

  1. tqvm…

    Posted by isya | December 17, 2010, 7:06 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: