Tip Pemanduan

10 perkara perlu di ketahui berkenaan banjir

Kita telah di kejutkan baru-baru ini dengan  berita berkenaan kehilangan seorang warga Jerman  selepas kejadian banjir di Kedah. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami ingin berkongsi beberapa maklumat sebagai panduan sekiranya menghadapi situasi banjir di tempat anda.

Banjir sering berlaku kerana beberapa faktor seperti air di dalam saliran atau sungai menjadi penuh sehingga melimpah ke tebing, apabila empangan atau takungan air pecah atau semasa kejadian hujan lebat yang  berterusan dan berlaku dalam jangkamasa lama.

Dalam menghadapi bencana seperti ini, sentiasa ingat faktor-faktor berikut untuk keselamatan nyawa anda dan keluarga anda:-

  1. Banjir ‘Kilat’ boleh datang secara tiba-tiba tanpa di jangka. Banjir seperti ini boleh berlaku dalam jangka masa beberapa minit atau jam setelah berlaku kejadian hujan yang sangat lebat, atau apabila berlaku kejadian empangan pecah atau kejadian pelepasan air empangan secara mengejut bagi mengelakkan empangan pecah atau kerana tersumbat. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga semasa berada di dalam musim-musim banjir atau kejadian banjir kilat yang sering terjadi di kawasan anda.
  2. Anda tidak akan mendapat amaran semasa banjir kilat sedang menghampiri.
  3. Jangan memandu ketika berlaku kejadian banjir melainkan apabila perlu sahaja.
  4. Elakkan dari memandu ke kawasan banjir. Sekiranya anda melihat jalanraya di hadapan anda telah di naiki air, sila berpatah balik kebelakang. Cari jalan lencongan lain yang menghala ke destinasi anda.
  5. Sekiranya tiada laluan lain, segeralah pergi ke tempat yang tinggi dan tunggu sehingga paras air turun. Sila hubungi pihak Pengurus lebuhraya atau penguasa setempat untuk mendapatkan bantuan atau membuat laporan.
  6. Walaupun air kelihatan seperti cetek dan boleh untuk di harungi, jangan sekali-kali ambil risiko untuk mengharunginya. Air boleh melindungi lopak atau lubang yang dalam di bawahnya . Atau kemungkinan berlaku kejadian buruk yang mana jalan di bawah air tersebut telah tiada lagi. Banjir atau arus deras boleh menghakis permukaan jalan dan tanah di bawahnya.
  7. Sekiranya kereta anda berhenti dan tidak boleh di hidupkan, tinggalkannya dengan segera dan panjat ke tempat yang tinggi. Dapatkan bantuan dengan segera.
  8. Air banjir sedalam 6 inci akan mencecah bahagian bawah kebanyakan kereta yang boleh menyebabkan kereta hilang kawalan atau menyebabkan kereta berhenti.
  9. Air banjir sedalam 1 kaki akan menyebabkan kebanyakan kereta terapung.
  10. Air banjir sedalam 2 kaki yang mengalir deras akan menghanyutkan kebanyakan kereta termasuk SUV dan pick-up.

جزاك اللهُ خيراً

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: