Tip Pemanduan

Tip pemanduan ketika mengharungi banjir

Bayangkan keadaan ini di mana anda sedang memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat bersendirian menuju ke destinasi yang jarang anda lalui sebelum ini. Apabila sampai di suatu kawasan, anda dapati jalanraya di hadapan anda telah di penuhi air. Sedangkan lokasi yang di tuju hanya tinggal beberapa jarak sahaja. Apakah tindakan anda seterusnya?

Nasihat dari kami ialah, apabila bertemu dengan jalanraya atau lebuhraya yang di naiki air banjir,  berpatah balik dan cari  laluan alternatif lain yang lebih selamat.

Jangan ambil risiko meneruskan pemanduan merentasi kawasan banjir yang mana anda tidak dapat melihat tanah atau jalan di bawah air banjir tersebut. Kemungkinan paras kedalaman air boleh melebihi apa yang anda jangkakan. Lebih membahyakan lagi, sekiranya ianya berada di kawasan laluan sungai yang melimpah anda dan kenderaan anda dikhuatiri akan menghadapi risiko di hanyutkan oleh arus deras.

  • Apabila bertemu dengan jalanraya yang telah di naiki air, pergi keluar dan pastikan paras kedalaman air. Air banjir yang ketinggiannya melebihi bahagian bawah pintu kereta akan mengakibatkan masalah pada enjin kereta. Air akan memercik masuk kedalam ruang injen dan menyebabkan kenderaan anda berhenti secara tiba-tiba.
  • Setelah yakin dengan kedalaman air banjir berada pada paras yang selamat, teruskan pemanduan merentasinya dengan perlahan. Kekalkan kenderaan anda pada gear 1 dan kekalkan pemanduan yang sangat perlahan dan pada kelajuan yang konsisten. Sekiranya anda mengharungi banjir pada kelajuan yang tinggi, anda akan kehilangan kawalan pemanduan yang kemudiannya boleh menyebabkan kenderaan berhenti dengan serta merta. Elakkan air dari memasuki ekzos kenderaan anda sebaik mungkin.
  • Sekiranya anda terperangkap didalam air banjir yang dalam, dapatkan pertolongan untuk menarik kenderaan anda keluar daripada lokasi tersebut. Sekiranya anda tidak pasti paras kedalaman air, atau air mengalir dengan deras, kekal berada di dalam kenderaan sementara menunggu bantuan tiba. Gunakan telefon bimbit anda untuk meminta pertolongan.

Setelah anda berjaya merentasi kawasan banjir dengan selamat, ambil sedikit masa untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan anda walaupun ianya kelihatan seperti masih baik.

  1. Pertama, berjalan sekeliling kenderaan anda dan cari sebarang calar yang ketara, lekok, pecahan atau  bahagian-bahagian kereta yang tergantung.
  2. Kemudian, periksa bahagian dalaman sekiranya terdapat sebarang kerosakan. Periksa bahagian kemasan lantai, karpet dan panel pintu. Sekiranya terdapat sebarang kesan lembab atau basah, keringkan secepat mungkin bagi mengelakkan kulat atau bau busuk yang tidak menyenangkan.
  3. Periksa minyak enjin dan bendalir transmisi. Sekiranya minyak enjin kelihatan cair atau berwarna susu atau beige, besar kemungkinan air telah memasuki bahagian dalaman enjin. Anda tidak di nasihatkan menghidupkan enjin pada ketika itu kerana di khuatiri akan menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman kereta yang lebih teruk lagi. Sebaliknya, dapatkan bantuan kereta tunda ke worksyop yang terdekat untuk di baikpulih.
  4. Periksa penapis angin atau ‘air filter’. Sekiranya ianya basah, tukarkan dan gantikannya dengan minyak enjin yang baru.
  5. Ambil sedikit masa untuk memeriksa bahagian bawah kenderaan untuk sebarang lumpur yang melekat, kotoran, rumput dan sebarang sampah sarap. Sekiranya terdapat sebarang kesan kotoran, basuh dan bersihkan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kerosakan bahagian bawah kereta.
  6. Sistem brek adalah sangat mustahak , jadi adalah lebih baik untuk membawa kenderaan anda untuk pemeriksaan secara professional.
  7. Periksa lampu hadapan dan lampu signal jika terdapat sebarang air yang memasukinya. Gantikan dengan lampu yang baru sekiranya telah di masuki air.
  8. Ketika enjin di hidupkan, dengar sebarang bunyi bising atau sebarang bunyi yang pelik. Jika anda mengesyaki sebarang masalah, hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan lanjut.

Ingat – Adalah lebih baik untuk mengeluarkan sedikit wang ringgit atau meluangkan sedikit masa untuk  membuat pemeriksaan di peringkat awal berbanding menunggu sehingga keadaan kenderaan anda menjadi bertambah buruk dan memerlukan kos baik pulih yang lebih tinggi atau menyebabkan kemalangan.


About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Tip pemanduan ketika mengharungi banjir

  1. Thanks for the article, water can be beneficial and also can be very harmful… sometimes bring disaster.

    Posted by kakironda | November 4, 2010, 12:12 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: