Majlis dan Sambutan

Aktiviti Sambutan Tahun Baru di Shah Alam

Tahun 2012

Sambutan tahun baru 2012 Shah Alam telah di jalankan di beberapa buah lokasi menarik di sekitar bandaraya Shah Alam seperti di Dataran Bandaraya dan I-City.

Di Dataran Shah Alam satu sesi khas yang di jayakan oleh penceramah dan penghibur terkenal Ustaz azhar Idrus dan Zizan telah berlangsung. Satu gabungan yang amat menarik.

Semoga pada tahun 2012 ini Malaysia akan bertambah makmur dan cemerlang.

Tahun 2011

Bagi warga Shah Alam dan penduduk di sekitarnya, tahun baru 2011 telah sambut sedikit masa lagi dengan satu kelainan. Pada 31hb Disember 2010 (Jumaat 8.00 mlm). Suatu program eksklusif dan sesuai untuk anda sekeluarga akan di adakan di De Palma Hotel, Shah Alam.

Program ini adalah berupa Dokumentari dan Drama Khas yang memaparkan tentang penemuan mengejutkan yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini berkenaan manuskrip serta sejarah Melayu yang kini tersimpan di Saint Petersburg Rusia dan bagaimana sanjungan orang-orang di sana terhadap peradaban yang telah di miliki oleh orang-orang Melayu zaman dahulu kala.

Tahukah anda, ada terdapat manuskrip peradaban dan tulisan yang di gunakan oleh Kesultanan Melayu dahulu kala sebelum penggunaan tulisan jawi dan tulisan rumi? Jawapannya ada terdapat di sana.

Program ini amat menarik bagi mengembalikan nilai jati diri masyarakat kita yang semakin menipis. Sebagaimana yang semua telah sedia maklum, Melayu adalah sangat sinonim dengan Islam dan bagaimana segolongan orang-orang di Rusia mengaitkan Islam dengan etnik Melayu.

Natijahnya, sementara kita sedang ghairah menjadikan dunia barat sebagai contoh dan tauladan, ada terdapat segolongan masyarakat di Rusia sedang mengkaji dan meneladani peradaban Islam melalui sejarah dan peradaban masyarakat Melayu untuk di jadikan contoh bagi remaja-remaja mereka. Suatu hakikat yang sangat menarik untuk di fikir-fikirkan.

Program yang berfaedah sebegini harus dilaksanakan sekerap mungkin terutamanya bagi mengisi kekosongan sempena cuti sambutan tahun baru dan musim cuti sekolah sekarang. Sekalung tahniah serta penghargaan kami ucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terbabit dalam program sebegini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.ustazamin.com.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: