Penjagaan Rumah

Tip untuk menghasilkan taman yang cantik

Sesebuah taman yang di rekacipta secara sempurna akan menyerlahkan lagi keindahan  bangunan rumah dan persekitarannya. Ianya juga mampu untuk memberikan keselesaan, suasana mesra, serta mewujudkan perasaan ‘privacy’ kepada penghuninya.

Langkah pertama dalam menghasilkan rekacipta taman ialah dengan membuat lakaran di atas sekeping kertas. Tentukan dahulu lokasi taman dan bagaimana ianya akan di gunakan. Perhatikan kawasan-kawasan laluan yang biasa di gunakan untuk di jadikan zone laluan. Di samping itu, adalah lebih baik juga untuk mengenalpasti berbagai tanaman yang bersesuaian dengan tempat anda.

Kefahaman tentang berbagai jenis tanaman dan keadaan tumbesaran yang sesuai akan membolehkan anda menghasilkan taman yang cantik dan membesar dengan sihat. Mengunjungi nurseri, taman bunga dan mengumpulkan koleksi gambar daripada katalog dan majalah akan banyak membantu anda dalam peroses ini.

Jenis-jenis tanah serta ‘PH level’ untuk taman anda mesti juga di ambil kira.  Kenalpasti samada tanahnya berpasir, padat, gembur atau seperti tanah liat. Adakah tanahnya beralkali atau berasid. Buat pemeriksaan terhadap arah aliran air bagi membantu menentukan samada kandungan tanah lebih cenderung kepada berair atau terlalu kering.

Campuran tanah kompos serta penambahan bahan serat akan membantu tanah kering untuk menyerap serta menyimpan air. Lakukan perkara-perkara yang perlu bagi memperbaiki keadaan tanah di taman tersebut sebelum memulakan kerja-kerja penanaman. Dapatkan nasihat mereka-mereka yang berpengalaman di dalam bidang ini.

Jumlah pencahayaan dikawasan taman adalah merupakan faktor lain yang perlu di ambil kira. Adakah kawasan taman anda menerima cahaya matahari secara penuh atau terlindung? Sesuaikan taman anda dengan corak hembusan angin kerana tiupan angin yang berlebihan akan membuatkan tanaman kering dan mudah layu. Langkah tambahan harus di lakukan bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Selain daripada itu, kenalpati juga keadaan landskap dan bangunan di kawasan sekitarnya

Ciri-ciri penting sesebuah taman adalah juga termasuk keseimbangan saiz, bentuk, warna dan kedudukan sesuatu objek atau tanaman. Pilih jenis bunga-bungaan dan rumput hiasan yang seimbang. Pokok bunga yang tahan lama boleh menghasilkan impak tersendiri seperti mana juga tanaman-tanaman lain seperti pokok bungaan yang bermusim terutamanya apabila ianya di susun secara berkumpulan mengikut corak yang menarik.

Apabila menentukan saiz sesuatu taman, cuba jadikannya kelihatan luas bagi mencapai efek pemandangan yang menarik tetapi dalam masa yang sama tidak terlalu besar bagi memudahkan pengendalian dan penjagaan.

Rupa bentuk taman adalah juga mustahak kerana ianya akan menentukan stail keseluruhan landskap yang mempengaruhi mood dan karakter sesebuah taman. Gunakan bahan hiasan yang membentuk sempadan jika perlu bagi menghasilkan suasana taman yang lebih kemas. Susun mengikut kesesuaian samada lurus, bengkok atau kasual.

Skima warna harus di pilih secara berhati-hati supaya bersesuaian dengan rumah serta keadaan landskap di sekitarnya. Warna yang terang seperti merah, kuning dan orange adalah lebih menyerlah dan sesuai jika di letakkan pada lokasi yang lebih jauh.

Warna-warna lembut dan sejuk seperti biru dan lavender adalah cenderung kepada kesan visual yang kebelakang dan amat sesuai untuk di letakkan pada lokasi yang berdekatan bagi menghasilkan efek santai. Cerahkan kawasan gelap dengan warna-warna yang cerah seperti putih dan warna pastel yang lembut. Oleh kerana warna merah dan purple gelap boleh memalapkan suasana, anda boleh meletakkannya di kawasan yang terang.

Jangan abaikan warna-warna dedaun kerana ianya mampu untuk menambah daya tarikan. Berbagai warna, tekstur dan bentuk daun dan bunga boleh menghasilkan kesan sampingan yang bertentangan, memberikan keunikan serta personaliti kepada taman anda. Apabila rekabentuk yang sesuai di aplikasikan untuk taman anda, bebungaan dan dedaunan bukan hanya akan menjadi harmoni di antara satu sama lain, bahkan ianya juga akan menambahkan seri terhadap keseluruhan landskap di sekitarnya.

Penggunaan lain-lain kelengkapan taman seperti aksesori hiasan, lorong pejalan kaki, kerusi taman, air pancut, kolam, rekaan batu, gazebo dan lain-lain perhiasan taman akan menghidupkan suasana taman dan mampu untuk menarik perhatian. Walaubagaimanapun, ianya harus di lakukan tanpa berlebihan kerana di khuatiri akan menganggu pemandangan. Aksesori taman mestilah berpadanan dengan stail dan konsep taman yang di pilih.

Aksesori-aksesori hiasan taman boleh juga di perolehi dari mana-mana kedai yang menjual koleksi hiasan rumah.

Selamat mencuba.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: