Amalan, Lain-lain Petua

Tip menjaga hati Jiran

Pernahkah anda mendengar kisah berkenaan kehidupan jiran tetangga yang tidak aman dan sentiasa menimbulkan pergaduhan sehingga terpaksa berpindah rumah kerana tidak dapat menyelesaikan masalah dengan jiran bersebelahan?
Maka tidak hairanlah jika ada nasihat yang mengatakan sekiranya anda ingin membeli rumah atau berpindah ke sesuatu tempat, pastikan dahulu siapakah jiran bersebelahan dengan anda dan buat keputusan yang sewajarnya.
Sabda Rasulullah SAW :
(مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ   (متفق عليه
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”
Sebagai memulikan serta menghormati jiran, seharusnya kita sendiri mengambil langkah berjaga-jaga agar menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan jiran tetangga kita. Pastikan bahawa seluruh kaum keluarga, anak-anak dan sahabat handai yang datang berkunjung ke rumah kita tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menganggu jiran berdekatan.
Di antara perilaku yang menyebabkan jiran kita mudah tersinggung tanpa kita sedari ialah:-
  • Meletakkan kenderaan sehingga menganggu atau menghalang laluan jiran yang bersebelahan.
  • Membuat bising secara keterlaluan sehingga menganggu persekitaran.
  • Meletakkan sampah sarap di tempat yang tidak sepatutnya.
  • Membunyikan injin kenderaan secara keterlaluan.
  • Mengadakan majlis atau ‘party’ sehingga larut malam.
  • Melakukan kerja-kerja pemunggahan barang atau aktiviti mengubah suai rumah di waktu rehat atau cuti seperti waktu malam dan hari minggu.
  • Menyidai pakaian di atas pagar yang di kongsi dengan rumah jiran.
  • Membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran sehingga memasuki rumah jiran.’
  • Menguatkan bunyi radio atau televisyen secara berlebihan.
Kami juga ingin meminta kerjasama semua tetamu homestay kami agar menghormati jiran-jiran bersebelahan dan memastikan agar perkara-perkara seperti yang di senaraikan di atas tidak di lakukan demi kepentingan bersama.
جزاك اللهُ خيراً‎

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: