Lain-lain Petua

7 Amalan Pahala Dinikmati Selepas Mati

Allah SWT telah berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) “. [Al-Jumu’ah 62:8]

Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat tujuh (7) macam pahala yang akan terus menerus diterima oleh seseorang itu selepas kematiannya. Tujuh amalan tersebut ialah:-

  1. Sesiapa yang mendirikan Masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:

  1. Sedekah jariah.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”

Jangan bertangguh serta berusahalah sedaya upaya kita dalam menyediakan bekalan untuk kehidupan sebenar kita di sana….

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: