Kejadian Alam

Peristiwa Yang Berlaku Dalam Seminggu

Allah SWT telah menetapkan bahawa dalam setiap satu minggu ada mengandungi tujuh hari kesemuanya.

Tahukah anda? pada ketujuh-tujuh hari tersebut ada terdapat beberapa peristiwa menarik yang telah dicatatkan oleh para cendikiawan Islam untuk perkongsian kita bersama.

Berikut adalah di antara peristiwa-peristiwa bersejarah tersebut:-

Ahad

  1. Allah menjadikan alam ini.
  2. Allah menjadikan bintang-bintang di Langit.
  3. Allah menjadikan api neraka.
  4. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis.
  5. Allah menjadikan tujuh jenis lautan.
  6. Allah menjadikan tujuh anggota manusia.

Isnin

  1. Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke Langit.
  2. Nabi Musa AS mengunjungi Bukit Tursina.
  3. Bukti keEsaan Allah diturunkan.
  4. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
  5. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.
  6. Rasulullah SAW wafat.

Selasa

  1. Nabi Yahya telah dibunuh.
  2. Nabi Zakaria telah dibunuh.
  3. Tukang-tukang sihir Firaun telah ditewaskan.
  4. Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
  5. Lembu Bani Israel dibunuh.
  6. Habil dibunuh oleh Qabil.

Rabu

  1. Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah SWT.
  2. Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
  3. Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
  4. Umat Nabi Salleh AS dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibril AS.
  5. Umat Nabi Hud AS dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat.

Khamis

  1. Nabi Ibrahim AS memasuki Kerajaan Mesir.
  2. Saudara nabi Yusuf AS telah menemuinya semula di Mesir setelah terpisah sekian lama.
  3. Nabi Yaacob AS bertemu dengan anaknya semula iaitu Nabi Yusuf AS di Mesir.
  4. Nabi Muhammad SAW memasuki kota Mekah.

Jumaat

  1. Nabi Adam AS berkahwin dengan Siti Hawa.
  2. Nabi Yusuf AS berkahwin dengan Zulaikha.
  3. Nabi Musa AS berkahwin dengan Siti Safura yakin anak kepada Nabi Syuaib AS.
  4. Nabi Sulaiman AS berkahwin dengan Puteri Balqis.
  5. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah.
  6. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Aishah.
  7. Ali bin Abu Thalib RA berkahwin dengan Siti Fatimah Binti Muhammad Rasulullah SAW.

Sabtu

  1. Nabi Nuh AS diperolok-olokkan oleh kaumnya.
  2. Nabi Salleh AS ditipu oleh umatnya.
  3. Nabi Yusuf AS ditipu oleh saudara-saudaranya.
  4. Nabi Musa AS ditindas oleh Firaun.
  5. Nabi Isa AS diperdaya oleh kaum Yahudi.
  6. Nabi Muhammad SAW menjadi Pengerusi di sidang Darul Nadwah.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s