Kejadian Alam, Luar Negara, Rekod Dunia

7 Bandaraya yang semakin tenggelam

Adakah anda yakin bahawa bandar-bandar yang kita lihat hari ini masih boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga ke abad yang akan datang? Berdasarkan kajian, terdapat sebahagian daripada bandar-bandar di seluruh dunia akan menerima gelaran Bandar Atlantis masa hadapan.

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan ancaman tenggelam kepada bandar-bandar tersebut adalah seperti pembinaan tapak yang tidak kukuh serta paras air laut yang semakin meningkat naik.

Apabila anda berkesempatan untuk melawati bandar-bandar tersebut, ingatlah bahawa di antara bandar-banadar yang menjadi sebahagian tempat menarik yang sering di kunjungi pelawat seluruh dunia sebenarnya sedang menunggu hari-hari penghabisan mereka.

Mengikut akhbar The U.S. News, di antara bandar-bandar yang teancam tersebut ialah:-

#07: Bangkok, Thailand

Ibu Kota Thailand kini sedang tenggelam dengan cepat. Namun begitu, tidak sepertimana banraya-bandaraya lain yang tersenarai, pembinaan tapak yang tidak kukuh bukanlah penyebabnya. Bangkok adalah terletak di bersebelahan Sungai Chao Phraya yang mengalir ke Teluk Bankok lebihkurang 30 batu ke selatan Pusat Bandaraya.

Bandaraya yang mempunyai penduduk berkepadatan tinggi ini akan mengalami masalah lemas berbanding bahaya tenggelam. Menurut saintis Thailand Dr. Ajong Chumsaina Ayudhya, nasib Bangkok boleh dikaitkan dengan Faktor Pemanasan Global.

Asia News Newyork melaporkan bahawa “Ajong berkata bahawa manusia adalah punca masalah Utama yang menyebabkan bencana ini kerana mereka menggunakan sumber-sumber asli, menebas hutan serta terus menerus mengeluarkan gas rumah hijau tanpa mengambil kira nasib generasi masa hadapan.”

Ajong juga berkata bahawa pertukaran cuaca dunia secara keseluruhannya akan membawa kepada sunami yang lebih dahsyat di Teluk Thailand yang dikhuatiri akan memberikan kesan negative yang besar keatas bahagian selatan negara itu.

#06 Bandaraya New York, New York

New York atau juga dikenali sebagai Gotham atau The Big Apple turut juga mengalami masalah ancaman tenggelam. Sebagaimana nasib Bangkok, bandaraya New York yang paling padat penghuninya (8.2 juta pada tahun 2010) di Amerika Syarikat ini juga bakal tenggelam akibat dari kesan pemanasan global. Terletak berhadapan dengan Sungai Hudson di mana airnya mengalir kearah Lautan Atlantik, hutan batu ini lambat laun akan menghadapi risiko kerosakan hasil dari kenaikan paras air laut dan ribut tropika yang dahsyat.

Science Daily telah melaporkan bahawa paras air laut di bandaraya New York dijangka akan meningkat dua kali lebih cepat berbanding kenaikan paras air di seluruh dunia. Ini bermakna, New York akan tenggelam lebih dahului bebanding keseluruhan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, Science Daily mengatakan bahawa banjir hanya salah satu simptom-simptom yang New York akan alami: “Penenggelaman kawasan tanah rendah, penghakisan pantai, pertukaran tanah lembab kepada kawasan berair dan kenaikan kadar air masin di muara-muara sungai segalanya akan memberikan kesan kepada ekosistem dan merosakkan pembangunan pinggir laut sediada.”

Bukan hanya bandaraya ini akan bertukar kepada kolam renang yang besar, tetapi secara perlahan-lahan ianya dikhuatiri akan dihanyutkan ke dasar laut.

#05 Houston, Texas

Houston memang mengalami masalah. Tidak lama lagi, Pusat kawalan misi NASA bukan sahaja akan terbengkalai di atas bumi, tetapi boleh berkemungkinan akan terkubur di dalamnya. Bandaraya yang dikatakan kota kosmopolitan ini sedang berusaha keras untuk tetap berada di atas daratan.

Bandaraya ini telah dibangunkan di atas kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi. Bandaraya Penjelajahan Angkasa ini telah menjadi Pusat sumber tenaga Utama dan pusat penerbangan ke angkasa lepas. Walaubagaimanapun, Bandar yang keempat terbesar di Amerika Syarikat ini secara ringkasnya telah dibina di atas tanah berpasir.

Houston adalah terletak di atas timbunan tanah longgar yang dikelilingi oleh empat tebing Utama yang menghadap ke Teluk Mexico. Selama beberapa tahun lamanya, penduduk Houston telah bergantung kepada air bawah tanah untuk memenuhi keperluan mereka, Tetapi malangnya, pengambilan air yang terlalu banyak bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat telah melemahkan tapak di bawah Bandar Houston.

Pengambilan minyak dari bawah tanah, projek pembangunan yang berterusan dan juga lebih daripada 300 jaringan frasarana yang dibina di bawah jalanraya serta bangunan-bangunan tinggi di bandaraya seluruh Houston telah merosakkan tapak di sekitar bandaraya itu.

Buat masa ini, sebahagian besar daripada metropolis ini terutamanya dari Jersey Village ke arah barat laut sedang tenggelam sehingga sekurang-kurangnya dua inci setahun, mengikut Science Daily.

Para pakar berpendapat bahawa sementara proses penenggelaman sudah berkurangan dengan ketara terutamanya di kawasan yang sudah tiada lagi aktiviti penyedutan air bawah tanah, penyelesaian terbaik bagi menangani masalah Houston ini masih belum lagi ditemui.

#04: Shanghai, China

Shanghai juga tidak mengalami nasib yang lebih baik. Terletak di atas pantai negara Cina, bandar yang pesat membangun ini telah dibangunkan di atas tanah berpaya yang menyeliputi hilir sungai Yangze.

Bermula sebagai perkampungan nelayan kecil, Shanghai telah semakin menarik ramai penduduk dalam pertengahan kurun ke 19. Rumah-rumah biasa telah digantikan dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mengkagumkan (termasuk pusat-pusat membeli belah yang terbaik di Asia), dan Shanghai bakal menjadi tempat yang paling padat penduduknya di dunia, yang telah menempatkan lebih daripada 23 juta penduduk sehingga tahun 2010.

Bandar ini mampu menangani pembangunan yang cepat dengan mudah sehinggalah ke awal kurun yang ke 20an, apabila perigi menjadi sumber bekalan air yang Utama dan lapisan mendapan bawah tanah telah diganggu. Mengikut PBS, proses penenggelaman Shanghai telah berlaku kira-kira sedalam 8 kaki diantara tahun 1921 dan 1965, atau secara puratanya sebanyak 2 inci setiap tahun. Bandaraya ini masih mengalami proses penenggelaman pada kadar setengah inci setahun.

Mengikur para pakar, tiada banyak Perkara yang boleh dilakukan bagi mengekalkan Shanghai di atas daratan, bandaraya ini adalah terlalu berat untuk di tampung oleh tapaknya.

Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mengurangkan proses penenggelaman, kesemua pembangunan pencakar langit telah di mestikan dibina di atas pile konkrit yang sangat dalam bagi menampung beban berat daripadanya.

#3: New Orleans, Louisiana

Apabila penjajah memilih New Orleans sebagai pusat pentadbiran French Lousiana, mereka memilihnya kerana kedudukannya yang berada di kawasan daratan. Walaubagaimanapun, sekiranya tiada sebarang perlindungan daripada ribut tropika,  bandar ini sudah lama di hanyutkan ke laut. Separuh daripada Bandar yang menjadi lokasi tumpuan rakyat Amerika berkunjung ini berada pada paras atau di bawah paras laut yang membuatkannya lebih terdedah kepada bahaya ribut tropika.

Sehingga selepas berlakunya Taufan Katrina para pakar baru menyedari keadaan New Orleans yang sebenarnya mengalami masalah. Pada tahun 2006, National Geographic telah melaporkan bahawa bandaraya ini tenggelam kira-kira satu 1/4 inci setahun sehingga berlakunya kejadian Taufan Katrina, sementara benteng yang dibina untuk melindungi bandaraya ini daripada teluk terbuka telah tenggelam pada kadar 4 atau 5 kali lebih cepat yang memburukkan lagi risiko serangan ribut dalam jangka masa panjang.

Para pakar telah mengatakan bahawa tiada banyak Perkara yang boleh di lakukan untuk menyelamatkan bandaraya besar ini. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada tahun 2009 oleh National Academy of Engineering dan National Research Council, “Tambak serta benteng penghalang banjir yang mengelilingi New Orleans, tidak boleh memberikan perlindungan yang sempurna kerana menghadapi risiko tumbang atau kegagalan berfungsi semasa berlakunya kejadiaan ribut yang keterlaluan. Sekiranya perpindahan tidak dapat dilaksanakan, pilihan lain ialah dengan meninggikan Tingkat satu setiap bangunan kepada sekurang-kurangnya ke paras ukuran100-tahun banjir.”

#2: Venice, Itali

Kini telah berlalu ratusan tahun lamanya semenjak orang-orang Venetia membuat keputusan untuk membina menara St. Mark’s Basilica dan Piazza San Marco di atas papan kayu yang tenggelam dan kemudian membiarkan jalanraya bagi mengutamakan  terusan-terusan sebagai kaedah pengangkutan. Pada ketika itu, kedudukan geografi bandar Venice telah menunjukkan keadaan yang sangat bersesuaian: Laluan terus ke laut sangat mustahak untuk orang-orang Venetia menguasai Perdagangan di Lautan Mediterranian.

Tetapi pengambilan air bersih telah memberikan impak negative terhadap bandaraya yang berbentuk ikan ini: Mengikut Christian Science Monitor, Bandaraya Venice telah tenggelam hampir 1 kaki selama lebih 100 tahun yang lepas. Untuk menjadikan keadaan lebih buruk lagi, paras air di Lautan Mediterannean juga semakin naik. Walaupun air pasang besar  (acqua alta) telah menenggelamkan bandar berhias yang menjadi tarikan pelancong ini sejak berkurun lamanya, kejadian banjir berlaku semakin kerap semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Justin Demetri dari LifeInItaly.com telah menyatakan bahawa Venice sedang mengalami lebih 60 serangan air pasang besar pada setiap tahun.

Mengekalkan Venice telah menjadi keutamaan kepada kerajaan Itali selama lebih kurang 30 tahun yang lepas. Beberapa billion Euro telah diperuntukkan untuk sistem penghalang banjir iaitu projek MOSE, yang dijangka siap pada tahun 2011 atau 2012.

Walaubagaimanapun, para pakar berpendapat bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan bandaraya ini daripada tenggelam ialah dengan memindahkannya semua sekali.

#1: Mexico City, Mexico

Terbina di atas bekas tasik yang mempunyai dasar yang tidak kukuh di Lembah Mexico, Bandaraya Mexico sedang mengalami risiko tenggelam selama beberapa kurun. Mengikut pakar geologi, terdapat sebahagian kawasan daripada metropolis yang luas ini sedang tenggelam sedalam 8 inci pada setiap tahun.

Oleh kerana tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna, bandaraya ini lebih cenderung mengalami banjir yang berpunca daripada air yang mengalir kebawah daripada gunung-ganang yang berada di sekelilingnya, sehingga mengakibatkan terbentuknya sistem saliran yang besar di bawah tanah.

Walaubagaimanapun, pengambilan air secara berlebihan daripada dasar Tasik Texcoco pada kurun 20an telah mengakibatkan lapisan tanah liat di tapak bandaraya ini pecah berderai sehingga memaksa bandaraya ini semakin terbenam kebawah.

Dengan terbenamnya bandaraya ini secara perlahan-lahan, sistem perparitannya juga turut terbenam bersamanya sehingga membuatkan sistem saliran kumbahan air menyondong dan berbalik semula ke arah bandaraya ini. Mengikut AZCentral.com, kapasiti saliran di Bandaraya Mexico telah berkurangan sebanyak 30% semenjak tahun 1975 lagi.

Ada terdapat beberapa projek yang sedang dijalankan dalam usaha untuk mengekalkan bandaraya ini agar tetap berada di atas permukaan bumi. Projek ini termasuk pembinaan Eastern Drainage Tunnel iaitu terowong sebesar 23 kaki diameter (USD1.1 bilion) yang akan mengalirkan air sejauh 40 batu ke utara bandaraya ini. Terowong ini dijangka akan siap pada tahun 2012.

Kerja-kerja juga sedang dilakukan bagi membantu menyelamatkan bangunan berharga seperti Metropolitan Cathedral di bina di Daerah Bersejarah yang menjadi tarikan Utama bandaraya ini. Namun, walaupun dengan usaha yang terbaik, para jurutera berpendapat bahawa tiada lagi cara lain yang boleh dilakukan bagi mengelakkan Bandaraya Mexico daripada terus tenggelam.

Sumber dari USNews

 والله أعلمُ بالـصـواب

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: