7 Bandar Tertinggi di Dunia

Dengan kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada keturunan anak Adam, manusia boleh hidup di mana sahaja di atas muka bumi ini walaupun mereka berada di tempat yang sukar dan paling terpinggir.

Dalam keadaan persekitaran dan cuaca yang sukar seperti iklim pergunungan yang kekurangan oksigen dan sejuk ataupun di gurun yang panas dan kering, manusia masih boleh menyesuaikan diri dan terus membina peradaban dan tamadunnya yang unik dan tersendiri

Berikut akan kami senaraikan beberapa buah bandar yang tertinggi di dunia yang kebanyakannya  mengalami cuaca yang ekstrim dan mempunyai keadaan mukabumi yang sukar.

#58: Cameron Highland, Malaysia (1,829m)

Cameron Highland bukanlah tersenarai dalam 7 bandaraya yang tertinggi di dunia, tetapi ianya boleh dijadikan sebagai perbandingan bagi mendapat gambaran yang jelas tentang keadaan cuaca dan persekitarannya berbanding bandar-bandar tertinggi yang lain.

Cameron Highland ialah terletak pada 1,829 meter dari paras laut. Bandar Pelancongan dan pertanian ini didiami oleh kira-kira 34,000 orang penduduk.

#07: Lhasa, Tibet (3,650m)

Lhasa ialah ibukota Tibet yang dibina di atas banjaran Himalaya yang terletak pada ketinggian 3,650 meter dari paras laut. Lhasa mempunyai jumlah penduduk lebih dari 250,000 orang.

Oleh kerana bandar ini mempunyai khazanah bangunan dan tradisi purba yang melebihi 1,300 tahun, Lhasa telah diklasifikasikan oleh UNESCO sebagai tapak Warian Dunia dan menjadi bandar tarikan pelancong.

Lhasa mempunyai suasana persekitaran dan pemandangan yang indah. Di sini terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Lhasa digelar oleh penduduk tempatan sebagai “Merry Blue Waves“. Sungai ini berpunca dari kawasan pergunungan yang puncaknya diseliputi salji dan mengalir sepanjang 315km dan kawasan persekitarannya dan aliran sungainya menghasilkan pemandangan riak ombak air biru dan putih yang menakjubkan.

Kota purba Lhasa pula telah dibangunkan di tebing Sungai Lhasa. Di dalam kota ini tersergam sebuah istana lama yang dikenali sebagai Istana Potala. Bandaraya ini mengandungi pertembungan gaya hidup moden dan kuno seperti penggunaan komputer untuk aktiviti ekonomi dan peralatan kuno untuk istiadat penyembahan mengikut kepercayaan nenek moyang terdahulu.

Memandangkan kedudukan Lhasa yang berada di altitude yang tinggi, pelawat luar yang mengunjungi bandar ini akan mengalami risiko mabuk gunung di mana sistem badan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan penyesuaian terhadap perubahan cuaca dan persekitaran yang mendadak.

Kawasan bandaraya Lhasa telah dikurniakan dengan tanah yang rata dan cuaca sederhana dimana ianya bebas daripada cuaca musim sejuk yang keterlaluan dan musim panas yang teruk. Purata suhu di Lhasa ialah 8°C dan mendapat cahaya matahari selama 3,000 jam setahun sehingga mendapat jolokan “Bandar Cahaya Matahari”.

#06: Puno, Peru (3,859m)

Puno ialah sebuah ibukota dan bandaraya terbesar di Daerah Puno dan kawasan pentadbiran di bahagian tenggara Peru.

Bandaraya ini telah diasaskan semenjak tahun 1668 di pinggir tasik Titicaca yang mempunyai suhu air di bahagian permukaan yang sejuk iaitu purata 10°C sehingga 14°C. Populasi penduduknya adalah dianggarkan 100,000 orang. Aktiviti-aktiviti utamanya ialah pertanian, penternakan dan industri pelancongan.

Oleh kerana Puno terletak pada ketinggian 3,859 meter dari paras laut, ia mengalami cuaca yang agak ekstrim walaupun berada di kedudukan latitude  sub-tropika.

Purata suhu tahunan yang dialami ialah 15°C dan suhu ini tidak mencecah ke tahap yang lebih panas. Sewaktu musim sejuk (Jun-Ogos) cuaca di waktu malam boleh turun sehingga bawah paras 0°C. Pada kedudukan altitude ini juga, pancaran cahaya matahari menjadi sangat terik manakala udara pada musim sejuknya menjadi sangat kering.

#05: Dolpa, Nepal (3,963m)

Dolpa adalah terletak di pergunungan Himalaya pada  kedudukan 3,963 meter dari paras laut. Daerah ini adalah terletak di Nepal dan bersempadanan dengan Tibet, Cina.

Dolpa adalah sebuah daerah yang sangat terpinggir dan kurang dibangunkan di Nepal. Jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 29,545 pada tahun 2001.

Pekerjaan serta pendapatan utama penduduk di Dolpa adalah pertanian dan perkhidmatan pelancongan.

#04: Potosi, Bolivia (4,090m)

Potosi adalah terletak pada ketinggian 4,090 meter dari paras laut. Diasaskan pada tahun 1546 sebagai sebuah bandar perlombongan, ianya kemudian memberikan sumber kekayaan ekonomi yang memberangsangkan sehingga menjadi salah satu bandaraya yang terbesar di benua Amerika dan di dunia. Jumlah penduduknya dianggarkan  melebihi 200,000 orang.

Dengan kedudukannya yang tinggi dari paras laut, Potosi sentiasa mengalami cuaca sejuk dan kadang kala menerima hujan ais.

#03: El Alto, Bolivia (4,150m)

Terletak pada ketinggian 4,150 meter dari paras laut, El Alto adalah sebuah bandar yang paling pesat membangun di Bolivia. Pada tahun 2001 populasinya telah mencecah sehingga 649,958 penduduk. Pada tahun 2010, populasi El Alto dijangka mencecah kepada hampir 900,000 atau lebih.

El Alto telah dibangunkan bersama dengan pembinaan landasan keretapi di antara La Paz dan Tasik Titicaca. Bandaraya ini mempunyai lapangan terbangnya sendiri yang di kenali sebagai  Lapangan Terbang El Alto. El Alto mempunyai cuaca sejuk yang hanya mampu mencecah suhu tertinggi iaitu 17°C pada musim panas.

#02: Wenchuan, China (5,019m)

Wenchuan atau Wenzhuan yang di tubuhkan seawal tahun 1955 adalah terletak di Daerah Qinhai, Tibet. Bandar Wenchuan yang terletak di ketinggian 5,019 meter dari paras laut telah diistiharkan sebagai bandar yang tertinggi di dunia oleh Guiness Book of World Records walaupun National Geographic Magazine telah meletakkan La Rinconada sebagai bandar yang tertinggi di dunia pada ketinggian 5100 meter.

Pada tanggal 12 May 2008, bandar Wenchuan yang dihuni oleh lebih 100,000 penduduk telah mengalami tragedi paling buruk dalam sejarahnya apabila berlaku gempabumi yang dahsyat. Gempabumi Wenchuan telah mengakibatkan kira-kira 1/3 daripada penduduknya terbunuh atau hilang sementara ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal (Bilangan mangsa yang terbunuh dan terjejas telah dicatatkan sehingga mencecah 87,000 orang).

Kini setelah lebih tiga tahun bandaraya Wenchuan mengalami kerosakkan teruk akibat gempa bumi, kerja-kerja pembinaan semula sedang pesat di jalankan bagi memulihkan semula bandar ini.

#01: La Rinconada, Peru (5,100m)

La Rinconada yang terletak di Daerah Puno, Peru adalah bandar yang terpinggir dan tertinggi di dunia sebagaimana yang telah di catatkan oleh National Geographic Magazine (May 2003).

Bandar yang juga di kenali sebagai bandar lombong emas yang tertinggi di dunia ini berada di ketinggian 5100 meter dari paras laut.

Walaupun terpaksa berada pada kedudukan tekanan udara yang rendah dengan kadar oksigen yang sedikit serta suhu yang boleh mencecah -20oC, bandar ini telah mencatat pertumbuhan penduduk sebanyak 235% dari tahun 2001 hingga tahun 2003 iaitu sehingga kira-kira 30,000 orang.

Kebanyakan penduduk mencari rezki dengan bekerja di lombong emas yang berhampiran. Tugasan harian mereka ialah menggali glasier serta batu-batu untuk mendapatkan hasil emas yang sangat berharga.

Kebanyakan pekerja lombong adalah bekerja di lombong milik sebuah syarikat perlombongan Corporación Ananea. Di bawah sistem kerja cachorreo, mereka bekerja selama 30 hari tanpa bayaran. Pada hari yang ke 31, mereka dibenarkan membawa pulang sebanyak mungkin bijih (ore) yang mampu dipikul. Samada bijih ini mengandungi emas atau tidak adalah bergantung kepada nasib mereka.

Walaupun mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang cepat, penempatan di La Rinconada adalah dalam keadaan yang serba daif tanpa bekalan air bersih, sistem pembetungan serta sistem pemanasan yang sempurna.

Mungkin anda tidak perlu bersusah payah pergi ke sana untuk tujuan bercuti atau merehatkan badan.

Sumber: Wikipedia.

Nota:

Bandar-bandar kecil yang yang berada di kedudukan tanah tinggi samada di pergunungan Himalaya atau pergunungan Andes seperti Raíces (3,531m), Murghab (3650m), Laya (3,820m), Chatyndy (4,013m), Mina Pirquitas (4,271m), Dolpa (4,360m), Parinacota (4,400m), Pagri (4,600m), Tanggulashan (4,587m), Komic (4587m), Korzok (4,595m), Ukdungle (4,659 m) , Tanze (4,950 m), Kungila (5,044 m), Danga (5,170 m), Colquechaca (4,692m) tidak tersenarai dalam artikel ini adalah atas faktor-faktor berikut:-

  1. Ada di antara bandar-bandar tersebut hanya menjadi tempat tumpuan para pelancong yang kurang didiami secara tetap.
  2. Menjadi bandar tertinggal (bekas lombong dsb.)
  3. Bandar-bandar ini mempunyai penduduk yang sangat sedikit (Kurang daripada 20,000 orang penduduk).
  4. Bandar-bandar bersejarah yang tidak lagi didiami oleh manusia juga tidak dimasukkan dalam senarai ini.

جزاك اللهُ خيراً

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s