Haiwan, Maklumat Umum, Nutrisi

Keajaiban Gamat

Gamat atau Timun Laut adalah sejenis hidupan laut yang hidup dan membiak di dasar lautan yang cetek di seluruh dunia.

Spesis gamat mempunyai sejarah yang sangat panjang yang dianggarkan hidup semenjak 600 juta tahun dahulu. Oleh kerana itu gamat telah digelar sebagai “Fossil Hidup” di lautan.

Di antara rahsia kenapa gamat tidak mengalami kepupusan berbanding spesis hidupan lain ialah kerana ianya telah dianugerahkan kuasa untuk membiak yang menakjubkan. Gamat telah dibuktikan mampu untuk membentuk semula sebagai gamat baru walaupun selepas dipotong kepada beberapa bahagian.

Ada terdapat lebih dari 1000 jenis spesis gamat yang terdapat di seluruh dunua, hanya lebih kurang 20 daripadanya boleh dimakan oleh manusia.

Kelebihan Semulajadi Gamat

  • Gamat mempunyai keupayaan untuk membentuk semula: Apabila gamat menghadapi ancaman, ia akan mengeluarkan mukus melekit atau “tubules” sebagai satu kaedah mempertahankan diri daripada musuh. Selepas melalui satu masa antara satu minggu setengah ke lima minggu, ia akan membentuk tubules yang baru. Pengeluaran mukus ini boleh juga diikuti oleh pengeluaran toksik yang di kenali sebagai holothurin dan boleh membunuh haiwan yang berada di sekitarnya.
  • Kupayaan lain: apabila gamat dipotong menjadi dua atau tiga bahagian, setiap bahagian akan mampu memperbaiki luka masing-masing dan membesar kepada gamat yang baru dalam masa tiga hingga tujuh bulan.
  • Kelebihan yang dimiliki oleh gamat: Walaupun berada di kawasan kekurangan oksigen atau terbenam di dalam lumpur selama beberapa hari, gamat masih lagi mampu untuk kekal hidup. Secara teorinya, memandangkan gamat boleh hidup walaupun dalam keadaan seperti ini, gamat dipercayai mempunyai kebolehan semulajadi untuk mengatasi masalah kekurangan oksigen dan ianya imun terhadap virus.

Fenomena di atas telah di jadikan buktikan bahawa gamat mempunyai kuasa merejuvenasi dan penyembuhan yang kuat. Pengalaman telah membuktikan bahawa ianya juga mampu menggalakkan rejuvenasi sel serta penyembuhan luka untuk kegunaan manusia.

Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa gamat mempunyai bahan-bahan nutrien dan ciri-ciri yang bermanfaat untuk tujuan perubatan.

Gamat telah lama dijadikan sumber makanan kesihatan dalam sejarah perubatan masyarakat Cina purba. Ianya dikatakan mempunyai ciri-ciri pemanasan and pemulihan yang baik seperti ginseng. Perubatan Cina mempercayai bahawa Gamat adalah di antara lapan makanan laut yang paling terbaik.

Di antara bahan-bahan rujukan yang di karang oleh Pakar Perubatan Cina yang membincangkan khasiat gamat adalah: “Five Miscellaneous Chopping Blocks”, “Supplement to the Compendium of Material Medica”, “New Compilation of Chinese Herbology”, “The Cookbook on Recuperation and Diet in Qing Dynasty”, “The Studies on the Medical Properties”, “The Origin of Herbology”.

Di Malaysia, gamat juga telah menjadi salah satu sumber perubatan masyarakat melayu tradisional sejak turun temurun sebagai bahan penyembuh luka terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Namun begitu, gamat dalam keadaan yang asal mempunyai bahan toksik dan bahan radikal yang tidak sesuai untuk badan jika diambil secara berlebihan.

Kajian terperinci berkenaanya hanya di lakukan pada tahun1990an oleh seorang professor Dato’ Professor Dr. Hassan Yaacob yang mendapat jolokan sebagai Professor Gamat. Beliau adalah saintis tempatan yang berjaya membuat penemuan bahan ektrak gamat yang dapat ditulinkan bagi mengasingkan toksik dan bahan radikal untuk menghasilkan serbuk GamodulinTM.

Produk-produk yang diformulasikan daripada tulenan gamat ini telah dikomersilkan secara besar-besaran dan mendapat pengiktirafan dunia di bawah jenama Healin. Kini, kita tidak perlu lagi mengambil gamat dalam bentuk rupa dan rasa asalnya yang langsung tidak menggiurkan bagi mendapatkan khasiatnya.

Memang tidak boleh disangkal bahawa Gamat adalah salah satu anugerah Pencipta alam semesta yang sangat besar faedahnya terhadap kemakmuran manusia sejagat.

Sumber Rujukan: Wikipedia, House of Healin.

Selamat mencuba.

Discussion

5 thoughts on “Keajaiban Gamat

  1. nak tanya ayah saya sakit kencing manis n dy dh kene operate kt perut dh bnyak kali tp xsembuh adakah gamat hidup ni boleh baiki sel2 yg rosak pada dalam perut ayah saya?minggu depan ayah saya kene operate lg…jika saya beli gamat hidup tempoh brpe lama gamat tu mati?

    Posted by intan | January 18, 2012, 4:28 pm
    • Pada pendapat saya, mungkin agak sukar utk mendapatkan gamat secara hidup-hidup kecuali di tempat2 yang tertentu. Lagipun, ianya mungkin tidak sesuai untuk dimakan tanpa diproses terlebih dahulu. Namun begitu dalam dunia yg serba moden ini, kita tidak perlu lagi mengambil gamat hidup atau apa sahaja sumber asli dalam bentuknya yang asal untuk tujuan rawatan. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, kini sudah ada produk suplimen atau makanan kesihatan yang berjaya dikomersilkan untuk tujuan perubatan.
      Mungkin link ini dapat membantu ayah Cik Intan: produk gamat

      Posted by Salam | January 19, 2012, 6:43 pm
  2. menarik tentang kejadian alam…

    Posted by permata | January 20, 2012, 11:42 am
  3. السَّلاَمُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُه
    Saya ada masalah kulit seperti jerawat dan parut di muka, adakah gamat laut dapat membantu mengurangkan masalah ini? Sekiranya baik, produk apa yg sesuai untuk saya pilih d pasaran?

    Posted by dayang | February 24, 2013, 8:04 pm
  4. Salam …cmne nk tau gamat yg bole di makan n gamat yg tidak bole di mkn…

    Posted by Siti Aniza | October 5, 2013, 11:25 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: