Penjagaan Kesihatan

Petua Mengatasi Sakit Kepala dan Bahaya Paracetamol

Paracetamol adalah sejenis dadah yang termasuk dalam kategori “aniline analgesics” yang dijadikan ubat penahan sakit seperti sakit kepala, deman, selsema, batuk dan sebagainya. Ada terdapat berbagai Jenama Paracetamol yang terkenal di Malaysia. Menurut pakar, pengambilan paracetamol secara berlebihan dan kerap adalah sangat membahayakan kesihatan.

Keracunan Paracetamol boleh mengakibatkan kerosakan fungsi organ di dalam tubuh manusia seperti buah pinggang, kegagalan hati, keracunan dan banyak lagi masalah yang berkaitan.

Para Pengkaji di Universiti Edinburg, United Kingdom telah menyaksikan 161 kes “pengambilan berlebihan secara berkala” di hospital dalam tempoh masa 16 tahun. Mereka mendapati bahawa pengambilan ubat paracetamol yang berlebihan boleh merosakkan hati dan dan mengakibatkan lebih banyak komplikasi.

Di dalam kes 161 yang telah mengambil ubat secara berkala dan berlebihan didapati telah mengalami masalah hati dan jantung dan memerlukan dialisis buah pinggan atau memerlukan bantuan pernafasan. Mereka juga lebih cenderung kepada kematian akibat berbagai komplikasi kesihatan.

“Mesejnya adalah sangat jelas: sekiranya anda mengambil paracetamol secara berlebihan dan tidak terkawal, anda tidak akan dapat mengawal kesakitan tetapi ianya hanya akan menambah kerosakan terhadap tubuh badan anda.”

Terdapat juga banyak kes-kes yang berlaku di seluruh dunia yang dikaitkan dengan ketagihan paracetamol sehingga menyebabkan kematian di usia muda. Cegahlah sebelum parah!

Petua Mengatasi Sakit Kepala

Petua #1: Sakit kepala adalah disebabkan keadaan tidak seimbang elektron dan ion di dalam sel otak. Rawatan alternatif untuk menghilangkan kesakitan adalah dengan meminum minuman isotonic. Minum campuran air Isotonic dan air biasa dengan kadar 1:1 atau 1:2 ketika anda mengalami masalah sakit kepala.

Petua #02: Petua lain bagi membantu mengurangi sakit kepala ialah dengan merendamkan kedua belah kaki anda di dalam besen yang berisi dengan air suam. InsyaAllah ianya akan membantu mengurangkan tekanan darah di kepala anda.

Petua #03: Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

Petua #04: Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk. Tekapkan tuala secara lembut di bahagian kepala dan belakang leher. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

Petua #05: Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli dari mana-mana pasaraya. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim.

Petua #06: Elakkan dari tidur selepas solat Asar. Sekiranya mengalama sakit kepala pada waktu ini, lakukan Petua #02. Lakukannya selama beberapa ketika sambil menikmati minuman petang. Kemudian mandi seperti biasa. InsyaAllah selepas waktu Maghrib, kesakitan akan beransur hilang sepenuhnya.

Petua #07: Kurangkan mengambil minuman yang mengandungi caffeine (i.e. Kopi, teh, minuman ringan, minuman bertenaga etc.). Pengambilan caffeine yang berlebihan yang melebihi 250mg sehari boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai caffeinism. Ianya boleh menyebabkan punca berlakunya keadaan fizikal dan mental yang kurang selesa termasuk gemuruh, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sesak nafas.

Petua #08: Amalkan membaca Surah Al-Waqiah: Ayat 19.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ

Selamat mencuba.

Sumber: Wikipedia, BBC News, BBC Radio

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

3 thoughts on “Petua Mengatasi Sakit Kepala dan Bahaya Paracetamol

  1. Panadol.. boleh merosakkan buah pinggang dalam masa yang panjang.
    Very informative.. keep it up. Thanks for the Petua!

    Posted by Power | February 15, 2012, 1:30 pm
  2. Hidup lebih ceria..

    Posted by ketikketok | March 12, 2012, 1:17 pm
  3. thanks for this info🙂 boleh ana c/p to my blog ? macam share lah info ni ? :>

    Posted by Adila MC | February 23, 2013, 3:52 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: