Doa-doa pilihan

Doa Melihat Kemungkaran

“Ya Allah, bahawasanya masyarakat kami melakukan kemungkaran, sedang tiada kemampuan bagi kami menentangnya, maka janganlah sekali-kali ia menjadi bebanan kepada kami.”Amin.

Rasuah : Pengurus Kilang Makanan Dihukum Penjara & Denda RM15,000.00
09/02/2012

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini mengekalkan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM15,000.00 ke atas Seorang Pengurus Kilang hari ini atas kesalahan memberi suapan wang tunai kepada dua pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Teh Choon Guan, 50, sebelum ini telah dituduh dengan dua pertuduhan dibawah Seksyen 11(b) Akta encegahan Rasuah 1997 atas kesalahan memberi suapan bernilai RM1,000 kepada dua pegawai JAKIM.

Hakim Mahkamah Sesyen Alor Star, Zainol Saad sebelum ini telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh pada 25 Januari 2011 lalu atas dua pertuduhan dan perlaksanaan hukuman telah ditangguhkan kerana tertuduh membuat rayuan.

Dalam dua pertuduhan, Teh Choon Guan didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 09 November 2006 jam lebih kurang 10.10 pagi di Guan Xeng Industries Sdn Bhd, Kulim kerana merasuah masing-masing sebanyak RM500.00 kepada dua pegawai JAKIM iaitu Adam B. Drahman dan Mohd Fakarudin B. Masod supaya tidak ambil tindakan ke atasnya kerana tidak memenuhi prosedur pensijilan halal yang telah ditetapkan.

SPRM diwakili oleh Pegawai Pendakwa Saiful Hazmi Bin Mohd Saad manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana pihak.

Sumber: SPRM

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: