Hadis-Hadis Pilihan

Penawar Pada Lalat

Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda;

“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.”

Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Tahukan anda? Para saintis telah melakukan berbagai kajian berkenaan lalat yang akhirnya membuktikan kebenaran hadis ini.

Pada tahun 1955, dalam buku tulisan Dr. Maghdy Abd. Al-Shafy Al- Gawad yang bertajuk al-Tibb al-Nabawib fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) telah melaporkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Nabih Da’ish dari Universiti of King Abdul Aziz di Riyadh.

Laporan tersebut telah menerangkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Nabih. Dalam kajiannya, beliau telah menggunakan 10 kultur bakteria yang dijatuhkan seekor lalat tanpa mencelupkan sepenuhnya lalat tersebut ke dalam kultur. Manakala 10 kultur bakteria lain, dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak 1 kali. Kajian tersebut turut menyediakan 10 kultur yang dimasukkan dan dicelupkan lalat sebanyak 2 kali. Dan untuk 10 kultur bakteria lagi, lalat tersebut dicelupkan sebanyak 3 kali.

Hasil kajian mendapati, kuman terus hidup dalam kultur sepuluh bakteria yang pertama. Manakala sepuluh bakteria yang kedua, kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh. Sementara itu, bagi kultur bakteria ketiga dan keempat, didapati aktiviti antikuman ini terus meningkat.

Wallahua’lam.

Sumber: Muslim Tents

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: