Penjagaan Kesihatan

Manfaat dan Risiko Meminum Kopi

Kopi adalah produk yang kedua paling banyak digunakan oleh penduduk dunia selepas minyak. Dianggarkan sebanyak 1,400 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh pelusuk dunia. Minuman kedua paling banyak di minum selepas air biasa ialah kopi.

“Walaupun perkembangan industri kopi begitu rancak, namun ada kajian yang menunjukkan kesan negatif dan positif terhadap pengambilan kopi . Kesan ini juga berbeza terhadap setiap individu.”

KESAN NEGATIF KOPI

Kesan negatif kopi adalah di kaitkan dengan pengambilan Kafeine. Ini adalah kerana berbanding teh (20-200mg), minuman coklat (10mg), minuman berkarbonat (30-75mg), kopi mengandungi kandungan kafeina yang banyak iaitu sehingga 200-250mg.

Kafeine adalah bahan yang bersifat diuretik (tindakan yang menyebabkan peningkatan proses perkumuhan air di dalam badan). Keadaan sebegini  akan menyebabkan individu yang mengambil kafeina akan kerap membuang air kecil.

Kesan pengambilan kopi juga bergantung kepada kadar serta kekerapan pengambilannya. Antara implikasi lain yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang akibat pengambilan kafeine adalah seperti berikut;

Kesan akibat pengambilan yang sedikit:

  • Mengganggu corak tidur
  • Meningkatkan degupan jantung
  • Meninggikan tekanan darah
  • Menganggu ‘Nervous system’
  • Mengurangkan selera makan

Kesan pengambilan kafeine dengan jumlah yang banyak:

  • Menyebabkan resah dan gelisah
  • Sukat menumpukan perhatian
  • Sakit kepala
  • Sukat tidur
  • Keliru

MANFAAT KOPI

Selepas pengambilan kopi, daya intelektual individu tersebut akan meningkat dan sekiranya sedang bekerja, dia akan mampu untuk meluahkan idea dengan lebih baik, menumpukan perhatian terhadap tugas, teliti serta kurang melakukan kesilapan.

Selain itu, kajian terbaru mendapati, tabiat meminum minuman berkafeina juga ada faedahnya terhadap peningkatan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutamanya kepada warga emas.

Antara manfaat kafeina:

  • Ada kajian menunjukkan, kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80%.
  • Kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak pengambilan kafeina, lebih baik untuk kesihatan kerana ia mampu merendahkan risiko kanser usus (20%), sirosis hati (80%) dan batu karang sebanyak 50%.
  • Kafeina mengandungi methyzentine; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asthma.

Info-info tambahan:

  • Pokok kopi mempunyai jangka hayat selama 50 hingga 70 tahun.
  • Sekiranya hidung anda merasa tidak selesa selepas menghidu berbagai wangian, hidu sedikit kopi untuk menyegarkan kembali deria bau anda.
  • Taburkan serbuk kopi di sekitar pokok tanaman anda untuk menghalang serangga dan binatang perosak seperti siput dan ulat daripada merosakkan tanaman tersebut.

Wallahua’lam.

Sumber: Wikipedia.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Manfaat dan Risiko Meminum Kopi

  1. yang mana satu lebih baik?.. minum atau tak payah minum langsung😉

    Posted by asad | February 16, 2012, 12:34 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: