Amalan

60. Menziarahi Orang Sakit Dapat Ganjaran Syurga

Daripada Abu Hurairah R.A. katanya: bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR. At-Tirmizi)

Antara adab-adab menziarahi orang sakit:-

  1. Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana dikhuatiri menganggu pesakit yang ingin berehat.
  2. Ketika berada disisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
  3. Hendaklah mendoakan agar cepat sembuh dan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan…. (sebutkan namanya)”.
  4. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
  5. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, “Sabarlah… sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperoleh ganjaran pahala yang banyak”.
  6. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya dimakan makanan tersebut, maka hilanglah pahala ibadah ziarah.
  7. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud: “Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkau yang menyembuhkan tidak ada sembuh melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit” (HR At-Tirmizi).

Sumber: Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar, SH, LL.M terbitan Pustaka Azhar.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

3 thoughts on “60. Menziarahi Orang Sakit Dapat Ganjaran Syurga

  1. InsyaAllah.. semoga mendapat berkat.

    Posted by Permata | February 15, 2012, 1:05 pm
  2. Harap yang sakit tidak rasa bosan ntuk dengar nasihat..

    Posted by Sweet | February 15, 2012, 1:21 pm
  3. Doa ni elok dibaca perlahan atau kuat-kuat?

    Posted by Sofya | February 15, 2012, 1:33 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: