Luar Negara

Saint Pierre and Miquelon (6,082 penduduk)

Tahukah anda? Negara Saint Pierre and Miquelon adalah sebuah negara tanah jajahan Perancis yang berada di gugusan kepulauan lautan Atlantik di bahagian barat laut Kanada. Negara ini telah tersenarai di dalam 12 buah negara yang paling sedikit penduduknya di dunia.

Berdasarkan kepada data rasmi yang diberikan oleh United Nations sehingga 1hb Januari 2009, penduduk Saint Pierre & Miquelon hanyalah seramai 6,082 orang sahaja.

Saint Pierre and Miquelon adalah sebuah negara yang mengabungkan lapan buah kepulauan-kepulaun kecil dengan jumlah keluasan tanah sebanyak 242km2 di mana hanya dua daripada pulaunya mempunyai penduduk. Kebanyakan permukaan mukabumi negara ini adalah berbatu dan hanya sedikit kawasan yang diselaputi dengan tanah gambut. (Sebagai perbandingan, keluasan Pulau Pinang, Malaysia ialah kira-kira 293km2  dengan jumlah penduduk seramai 750,000 orang)

Sumber Ekonomi utama penduduk Saint Pierre and Miquelon ialah hasil penternakan ikan sangkar atau penangkapan ikan di laut dalam. Kegiatan ekonomi yang berdasarkan perikanan adalah dilihat semakin terjejas kerana faktor kekurangan bekalan serta halangan oleh Kerajaan Kanada terhadap penangkapan ikan Kod. Kegiatan ekonomi lain juga termasuk Pelancongan yang kebanyakannya bergantung kepada negara Kanada sebagai pintu masuk utama kerana lokasinya yang berhampiran dengan negara kepulauan ini.

Bahasa utama yang dipertuturkan di sini ialah bahasa Perancis dan menggunakan matawang Euro, namun penggunaan matawang Kanada juga biasa dilakukan. Iklim yang dialami oleh negara kepulauan ini ialah iklim kepulauan sejuk. Oleh kerana negara ini adalah sebuah tanah jajahan Perancis, segala urusan pentadbiran pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya adalah di bawah kawalan kerajaan Perancis.

Mengikut anggaran yang telah dibuat oleh The World Fact Book, Central Intelligence Agency (CIA), kadar pertumbuhan penduduk di Saint Pierre and Miquelon pada tahun 2012 adalah sebanyak -0.978% yang menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk yang menurun.

Menurut unjuran ini lagi, penduduk negara Saint Pierre and Miquelon pada July 2012 bakal menurun kepada 5,831 orang sahaja. Mungkinkah pulau ini akan menjadi sebuah pulau yang bakal tidak berpenghuni pada suatu masa kelak? Wallaua’lam.

Sumber: Wikipedia, World Fact Book

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: