Luar Negara

Montserrat (4,932 penduduk)

Montserrat adalah sebuah negara kecil jajahan Britain yang menduduki tempat ke sebelas dalam senarai negara-negara yang mempunyai penduduk paling sedikit. Mengikut rekod catatan oleh United Nation pada 1hb Julai 2009, Monserrat mempunyai penduduk yang dianggarkan hanya seramai 4,932 orang.

Montserrat juga telah diberi gelaran sebagai ‘The Emerald Isle of the Caribbean’ kerana mempunyai persamaan seperti kepulauan Ireland dan juga mempunyai susur galur bangsa keturunan Irish di United Kingdom.

Montserrat adalah terletak di sebuah negara kepulauan Caribean yang mempunyai anggaran saiz sepanjang 16 km (9.9 batu), 11 km (6.8 batu) lebar dan mempunyai pantai sepanjang 40 kilometer (25 batu).

Ibu negara Montserrat iaitu Plymouth telah musnah dan hampir dua pertiga penduduk Montserrat terpaksa berpindah akibat beberapa siri letupan gunung berapi yang bermula semenjak 18hb Julai 1995. Pada 11hb Februari 2010, telah berlaku satu letupan gunung berapi yang mengalirkan lahar sehingga menenggelam dan merosakkan sebahagian besar kemudahan-kemudahan utama di Plymouth seperti pelabuhan dan bekas Lapangan Terbang W.H. Bramble.

Akibat kerosakan tersebut, pusat pentadbiran negara telah dipindahkan ke kawasan pentadbiran sementara di sebuah perbandaran baru yang terletak di Little Bay di bahagian utara kepulauan Montserrat.

Pada asalnya, aktiviti ekonomi Montserrat adalah berasaskan eksport produk pertanian, pakaian, komponen elektronik, pelancongan dan industri musik. Namun, kegiatan ekonomi ini telah terjejas dengan teruknya akibat berlaku kejadian Ribut Taufan serta beberapa siri letupan gunung berapi.

Kini, pekerjaan utama penduduk Monserrat adalah majoritinya tertumpu kepada bidang pembinaan semula kawasan perbandaran yang rosak teruk akibat letupan gunung berapi. Sebahagian besar perbelanjaan pentadbiran dan ekonomi negara adalah disalurkan oleh pemerintahan kerajaan Britain.

Sumber: Wikipedia

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: