Luar Negara

Falkland Islands (3,000 penduduk)

Falkland Islands adalah sebuah negara gugusan kepulauan yang terletak di bahagian selatan Laut Atlantik di bahagian barat laut Benua Amerika Selatan. Negara ini telah menjadi tanah jajahan Britain semenjak tahun 1833 namun sehingga kini masih menjadi rebutan dengan kerajaan Argentina.

Peperangan Falkland telah meletus di antara negara Argentina dan Britain pada tahun 1982 yang berpanjangan sehingga dua bulan bagi merebut hak penguasaan keatas kepulauan ini. Peperangan ini di akhiri dengan pengunduran tentera Argentina.

Penduduk Falkland Islands adalah dianggarkan seramai 3,000 orang mengikut data daripada UN pada 1hb Julai 2011. Penduduk utamanya adalah terdiri daripada bangsa keturunan British, Perancis, Gibralta dan Skandinavia.

Aktiviti ekonomi penduduk di Falkland Islands adalah perikanan dan Pelancongan. Walaubagaimanapun, aktiviti penggalian telaga minyak di kawasan ini masih menjadi kontroversi kerana masalah hak persempadanan dengan Argentina.

Apa yang menariknya, kadar pertumbuhan penduduk di antara tahun 1851 sehingga 1911 telah mencatatkan peningkatan daripada 287 orang kepada 2,272 orang penduduk.

Namun, di antara tahun 1931 sehingga tahun 1980 telah mencatatkan penurunan penduduk daripada 2,392 orang kepada hanya 1,813 orang sahaja. Kadar penurunan yang teruk telah berlaku akibat daripada pertelagahan di antara kerajaan United Kingdom dan Argentina yang disusuli dengan peperangan pada tahun 1982.

Pada tahun 2006, kadar pertumbuhan penduduknya telah mencatatkan peningkatan kembali kepada 2,094 orang penduduk. Sebab utama peningkatan ini adalah penghijrahan masuk penduduk daripada United Kingdom, Saint Helena dan Chile.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: