Luar Negara

Svalbard dan Jan Mayen (2,394 penduduk)

Svalbard dan Jan Mayen adalah dua buah pulau berasingan yang berada di bawah jajahan takluk kerajaan Norway semenjak tahun 1925 (Svalbard) dan 1929 (Jan Mayen). Jumlah penduduk di kedua-dua pulau ini ialah 2,394 orang sahaja sehingga 1hb Julai 2011.

Svalbard

Kepulauan Svalbard ini telah ditemui oleh bangsa Norway pada kurun ke-12 dan telah dijadikan sebagai pengkalan aktiviti penangkapan ikan paus di antara kurun ke-17 dan ke-18. Norway telah diiktiraf sebagai pemegang hak kedaulatan kepulauan ini pada tahun 1920; lima tahun kemudian secara rasminya telah mengambil alih kuasa pemerintahan.

Pulau Svalbard adalah terletak di bahagian utara Eropah, di kepulauan antara Lautan Artik, Lautan Barents, Lautan Greenland, Lautan Norwegian dan berada di bahagian utara Norway. Salvabard adalah sebuah kepulauan yang mengalami iklim Artik yang sentiasa sejuk sepanjang tahun dan sebahagian besar kawasan pergunungan yang sentiasa diliputi ais.

Kegiatan ekonomi di sini ialah perlombongan arang batu, Pelancongan dan Pusat kajian Antarabangsa. Perjanjian pada 9hb Februari 1920 telah memberikan hak kepada 41 buah negara untuk mengambil hasil galian di Svalbard tertakluk kepada syarat-syarat yang di kenakan oleh kerajaan Norway. Syarikat-syarikat daripada US, UK, Belanda dan Swedish pernah membuka lombong arang batu di sini suatu ketika dahulu, namun kini hanya syarikat-syarikat daripada Norway dan Rusia sahaja yang masih aktif menjalankan aktiviti perlombongan di sana.

Penduduk di Svalbard adalah kebanyakkannya pekerja-pekerja syarikat lombong arang batu. Syarikat Arang batu milik Kerajaan Norway sahaja telah menggajikan pekerja hampir 60% daripada bangsa Norway di pulau tersebut. Pekerja-pekerja ini telah ditugaskan untuk menguruskan perkhidmatan utama tempatan serta menyediakan kemudahan infrastruktur.

Ada juga terdapat aktiviti pemburuan anjing laut, rusa kutub dan serigala di sana. Produk-produk yang kebiasaannya dikenakan cukai yang tinggi di tanah besar Norway seperti alkohol, rokok dan kenderaan adalah lebih murah di kepulauan ini sebagai usaha Kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai lagi penduduk menghuni negara kepulauan Artik ini.

Jan Mayen

Jan Mayen adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak utara Eropah di Lautan Artik yang bersempadanan dengan Laut Norway dan Laut Greenland, di bahagian Timur laut Iceland. Pulau ini tidak mempunyai penghuni tetap.

Pulau Artik yang terpencil ini telah diberi nama sempena seorang kapten pemburu ikan paus berbangsa Belanda yang menemui pulau ini pada tahun 1614. Setelah beberapa abad jarang-jarang disinggahi oleh pemburu anjing laut dan nelayan laut dalam, pulau ini telah diletakkan di bawah jajahan Kerajaan Norway pada tahun 1929.

Gunung berapi Beerenberg di pulau ini telah dikenalpasti sebagai gunung berapi aktif yang terletak paling utara dunia. Gunung berapi ini telah mula aktif pada tahun 1970 dan letupan paling terbaru telah berlaku pada tahun 1985.

Jan Mayen adalah sebuah pulau gunung berapi yang tidak mengandungi sumber semulajadi yang boleh dieksploitasi walaupun di sekitar perairannya mengandungi sumber ikan yang banyak dan dikatakan mempunyai potensi simpanan petroleum bawah laut yang masih belum lagi diterokai.

Aktiviti ekonomi Jan Mayern adalah terhad kepada penyediaan perkhidmatan kepada kakitangan radio Norway dan stesyen meteorology di pulau ini.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: