Luar Negara

Norfolk Island (2,302 penduduk)

Norfolk Island ialah sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik yang terletak di antara Australia, New Zealand dan New Caledonia. Walaupun pulau ini adalah sebahagian daripada tanah jajahan kerajaan Australia, penduduknya mempunyai banyak kebebasan dalam urusan pentadbiran negara.

Populasi penduduk Norfolk Island berdasarkan rekod pada tahun 2011 adalah seramai 2,302 orang dan mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang negatif semenjak tahun 2001 (2,601 orang).

Majoriti penduduk pulau ini ialah berbangsa Eropah (British) atau kacukan keturunan Tahiti yang berasal daripada Australia dan New Zealand. Kira-kira sebahagian daripada penduduknya mempunyai salasilah keluarga yang berasal daripada Kepulauan Pitcairn.

Sektor pelancongan telah menjadi aktiviti ekonomi utama di Norfolk Island dan sektor ini telah mencatatkan peningkatan semenjak kebelakangan ini. Pihak Pentadbiran Norfolk Island telah melarang pengeksportan buah-buahan dan sayur-sayuran, kebanyakkannya adalah dihasilkan di dalam pulau ini. Bekalan daging lembu boleh diperolehi daripada dalam dan luar negara.

Pulau ini tidak memiliki sebarang kemudahan keretapi, terusan atau pelabuhan. Jeti pemunggah hanya terdapat di Kingston dan Cascade, namun kapal pengangkut barang tidak boleh berlabuh di jeti tersebut. Barangan keperluan hanya boleh dipunggah menggunakan bot pemunggah yang lebih kecil.

Ada terdapat sebuah Lapangan Terbang di sini untuk kegunaan kapalterbang penumpang dan pengangkut. Jumlah rangkaian jalanraya di pulau ini adalah hanya sepanjang kira-kira 80km dan 27km daripadanya adalah tidak berturap. Seperkara yang perlu anda ketahui, mengikut undang-undang jalanraya di Norfolk Island;

“semua lembu-lembu di sini mempunyai hak keistimewaan keutamaan laluan di jalanraya (Right of Ways) dan para pengguna jalanraya lain dikehendakki untuk mematuhinya”.

Kesesakan lalu lintas tidak menjadi masalah besar di Pulau Norfolk kerana kadar kepadatan penduduk yang rendah.

Sumber: Wikipedia.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: