Luar Negara

Tokelau (1,411 penduduk)

Tokelau adalah sebuah negara kecil tanah jajahan New Zealand yang terletak di Lautan Pasifik Selatan dan mengandungi tiga buah pulau coral (atoll) tropika. Tokelau mempunyai jumlah keluasan tanah seluas 10km2.

Negara pulau kecil Tokelau ini hanya didiami oleh seramai 1,411 orang penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk adalah negatif (-0.9% setahun). Kebanyakan penduduknya adalah kaum pribumi yang berbangsa Polinesia.

Nama Tokelau adalah berasal daripada bahasa Polinesia yang bermaksud “Angin Utara”. Pada tahun 1877, kerajaan British telah memasukkan Tokelau sebagai negara yang berada di bawah perlindungan Britain. Namun begitu pada tahun 1889, Britain telah secara rasminya menaikkan bendera Union Jack di Tokelau dan mengisytiharkannya sebagai negara di bawah tanah jajahannya.

Pada tahun 1926, pemerintahan Kerajaan Tokelau telah diserahkan kepada negara New Zealand. Proses kemerdekaan Tokelau telah dimulakan pada tahun 2004 dan sehingga kini masih lagi belum mendapat status kemerdekaan.

Mengikut senarai GDP negara-negara seluruh dunia yang dibuat oleh Central Intelligent Agency di Amerika Syarikat, Tokelau adalah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang paling kecil di dunia. Tokelau mempunyai kuasa beli tahunan kira-kira sebanyak USD1,000 (RM3,013) per kapita. Semua perbelanjaan untuk urusan pentadbiran kerajaan Tokelau hampir bergantung sepenuhnya kepada subsidi dari kerajaan pemerintah New Zealand. Pendapatan tahunan Tokelau adalah kurang daripada USD500,000 (RM1,506,400) berbanding perbelanjaan berjumlah USD2.8 juta (RM8.4 juta). Perbelanjaan defisit ini telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan New Zealand.

Eksport utama Tokelau yang terdiri daripada jerami, kopra dan barangan handikraf telah menghasilkan pendapatan tahunan sebanyak USD100,000 (RM301,279). Sementara barangan yang diimport masuk daripada New Zealand terdiri daripada barangan makanan, barangan pembinaan dan minyak telah mencecah sehingga USD300,000 (RM903,837).

Walaupun penduduk Tokelau mempunyai pendapatan yang rendah, purata jangka hayat penduduknya adalah sehingga 69 tahun. Ribut Percy pernah melanda dan merosakkan negara kepulauan ini pada bulan Februari dan awal Mac 2005. Ribut ini telah merosakkan banyak tanaman seperti pisang, kelapa dan pandan. Namun Ribut Percy ini hanya merosakkan banyak harta benda  dan tidak meragut sebarang nyawa.

Sumber: Wikipedia

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: