Luar Negara

Niue (1,400 penduduk)

Niue adalah sebuah negara pulau yang merdeka dan terletak di Lautan Pasifik Selatan. Ianya sering dikenali sebagai “Rock of Polynesia” dan para penduduk pulau ini menggelarnya dengan jolokan “Rock”. Lokasinya adalah 2,400 kilometer di sebelah timur laut New Zealand dan berada di tengah-tengah garisan tiga segi dibentuk oleh tiga kepulauan iaitu Tonga (barat daya), Samoa (barat laut)  dan Cook Islands (tenggara).

Jumlah keluasan tanahnya ialah kira-kira 260 kilometer persegi yang didiami oleh 1,400 orang penduduk yang majoriti penduduk berbangsa Polinesia.

Apa yang peliknya, walaupun negara pulau kecil ini adalah sebuah negara yang merdeka, tampuk pemerintahan Niue adalah dikatakan sebagai “bebas berpesatuan” dengan New Zealand dan mempunyai sedikit kedaulatan dalam mentadbirkan negara.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini ialah kerana semua penduduk Niue telah memegang kerakyatan New Zealand dan Queen Elizabeth II yang menjadi lambang pucuk pemerintahan New Zealand adalah juga merupakan ketua negara kepada penduduk Niue. Kebanyakan urusan hubungan diplomatik sering dilakukan oleh New Zealand untuk mewakili kerajaan Niue. Kira-kira 90%-95% rakyat Niue menetap di New Zealand.

Pada tahun 2003, Niue telah menjadi sebuah negara “Wifi”, dimana kemudahan laluan Wifi secara percuma telah disediakan di seluruh negara oleh Persatuan Pengguna Internet Niue.

Niue mempunyai GDP berjumlah USD10 million setahun. Aktiviti ekonominya adalah tertumpu kepada bidang pertanian, perlombongan dan Pelancongan.

Walaupun Niue adalah sebuah negara kecil, ada terdapat beberapa jenis acara sukan yang popular di sini. Rugbi adalah sukan yang paling popular dan dimainkan oleh lelaki dan wanita. Acara sukan yang lain termasuk Bolasepak, Netball, Golf dan Bowling Padang.

Sumber: Wikipedia.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: