Luar Negara

Vatican City (800 penduduk)

Vatican City adalah sebuah negara bandaraya merdeka yang paling kecil (keluasan tanah 44 hektar/ 110 ekar) dan paling sedikit penduduknya di dunia. Kedudukannya adalah terletak di dalam kawasan bandaraya Rome, Itali. Jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 800 orang sahaja mengikut rekod bertarikh 1hb Mar 2011.

Negara Vatican City telah terbentuk pada tahun 1929 hasil dari Perjanjian Lateran yang ditandatangani Catero Gaspari yang mewakili pusat Pentadbiran gereja roman katolik dan Benito Mussolini yang mewakili Kerajaan Itali. Vatican City adalah sebuah kota yang terdapat museum tinggalan Empire Rom dan taman dan telah diisytiharkan sebagai taman warisan dunia oleh Unicef.

Sumber kewangan negara ini adalah berpunca daripada sumbangan yang dikenali sebagai Peter’s Pence yang didermakan oleh individu atau syarikat para penganut roman katolik dari seluruh pelusuk dunia. Sebahagian pendapatan juga dihasilkan melalui penjualan stem, jualan cenderahati, kutipan muzium dan hasil jualan penerbitan.

Negara ini tidak mempunyai lebuhraya, landasan keretapi mahupun lapangan terbang. Memandangkan ianya adalah sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh bandaraya Rome, negara ini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh negara Itali untuk laluan masuk ke Vatican City.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: