Amalan

Meraih Syurga Idaman

Allah S.W.T berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (10)” (Surah Yunus: Ayat 9-10)

Dari Shuhaib R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Apabila penduduk syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman kepada mereka: “Apakah kamu semua memerlukan sesuatu yang perlu Aku tambah untukmu?” Jawab mereka, “Bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang? Bukankah kami telah Engkau masukkan ke syurga dan Engkau bebaskan dari neraka?” Kata Rasulullah S.A.W. selanjutnya, “Lalu Allah membukakan tabir yang menutupNya. Sekonyong-konyong penduduk syurga merasakan nikmat yang tiada taranya, selain memandang Allah ‘Azza Wa Jalla.” (Hadis sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0148)

Begitulah sedikit gambaran sebuah kenikmatan hakiki yang Allah S.W.T. sediakan di akhirat kelak untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Maka seharusnya bagi setiap muslim bertekad untuk keluar meninggalkan dunia fana ini dengan mendapat keampunan Allah S.W.T dari segala dosa sehingga Allah S.W.T redha dan dengan limpahan rahmat-Nya akan menempatkan kita di syurga yang abadi dan penuh dengan nikmat.

Namun begitu, jalan untuk mendapatkan kenikmatan tersebut tidaklah mudah dan manusia sudah semestinya perlu berusaha terlebih dahulu sebelum layak untuk meraih ganjaran syurga yang diidamkan.

Oleh yang demikian, untuk memandu kita ke jalan syurga idaman, di sini kami kongsikan wasiat para ulama’-ulama’ soleh (assalafus soleh) yang dihimpunkan dari berbagai kitab.

Di dalam perkongsian yang serba ringkas ini disertakan berbagai amalan yang diharap dapat melebur dosa serta membawa pahala dan akhirnya dapat meraih keredhaan Allah S.W.T. Wasiat-wasit ini adalah bersumberkan hadis-hadis yang sahih.

Berikut ini disenaraikan 60 tip-tip yang dipetik daripada hadis Rasulullah S.A.W berkenaan amalan-amalan yang boleh memandu kita kepada syurga idaman :-

  1. Taubat
  2. Menuntut Ilmu
  3. Senantiasa Mengingati Allah
  4. Melakukan Kebaikan
  5. Berdakwah ke Jalan Allah
  6. Mengajak yang Ma’ruf dan mencegah yang Mungkar
  7. Membaca Al-Quran
  8. Mempelajari Al_Quran dan Mengajarkannya
  9. Sebarkan Salam
  10. Mencintai Kerana Allah
  11. Memperbanyakkan Doa Dikala Sujud Terakhir
  12. Membantu Membayarkan Hutang
  13. Menutup Aib Orang Lain
  14. Menyambung Tali Silaturrahim
  15. Berakhlak Yang Baik
  16. Jujur
  17. Menahan Marah
  18. Membaca Doa Penutup Majlis
  19. Sabar
  20. Berbakti Kepada Ibu Bapa
  21. Membantu Janda dan Orang Miskin
  22. Membantu anak Yatim
  23. Berwudhuk
  24. Membaca Syahadah
  25. Berdoa Setelah azan
  26. Membangunkan Masjid
  27. Bersiwak
  28. Solat Berjamaah di Masjid
  29. Melakukan Amalan Soleh
  30. Solat Subuh dan Asar Berjamaah
  31. Solat Jumaat
  32. Saat Dikabulkan Doa Pada Hari Jumaat
  33. Mengiringi Solat Fardhu Dengan Solat Rawatib
  34. Solat Dua Rakaat Setelah Melakukan Dosa
  35. Solat Malam
  36. Solat Dhuha
  37. Selawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  38. Puasa
  39. Puasa 3 Hari Setiap Bulan
  40. Puasa 6 Hari Pada Bulan Syawal
  41. Puasa ‘Arafah
  42. Puasa ‘Asyura
  43. Memberi Hidangan Berbuka Bagi Orang Yang Bepuasa
  44. Solat Malam Lailatul Qadr
  45. Sedekah
  46. Haji dan Umrah
  47. Beramal Soleh pada 19 Hari Bulan Dzulhijjah
  48. Jihad di Jalan Allah
  49. Infaq di Jalan Allah
  50. Menyembahyangkan Mayat dan Mengiringi Jenazah
  51. Menjaga Lidah dan Kemaluan
  52. Keutamaan Mengucapkan Laa ilaaha illallah dan Subhanallah wa bihamdih
  53. Menyingkirkan Gangguan Dari Jalan
  54. Mendidik dan Melindungi Anak Perempuan
  55. Berbuat Baik Kepada Haiwan
  56. Meninggaklan Perbalahan
  57. Mengunjungi Saudara-saudara Seiman
  58. Mentaati Suami
  59. Tidak Meminta-minta
  60. Menziarahi Orang Sakit

Nota: Sila klik setiap tajuk di atas untuk merujuk kepada petikan hadis Rasulullah S.A.W yang berkaitan dengannya.

Keinginan untuk meraih syurga idaman harus juga diiringi dengan tekad, kesabaran serta keyakinan yang teguh. Di sebalik berbagai halangan, dugaan serta cabaran yang sentiasa ditempuhi, pasti ada ganjarannya yang sedang menunggu kita, insyaAllah. Semoga Allah S.W.T membuka ruang untuk kita memperbaiki serta mempertingkatkan amalan dan seterusnya menerima segala amalan soleh yang kita lakukan. Amin.

Sumber Rujukan: Buku Malam Pertama di Syurga.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: