Kejadian Alam

Pitcairn Islands (67 penduduk)

Pitcairn Islands ialah sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk paling sedikit di dunia. Pada tahun 2011, penduduknya adalah dianggarkan seramai 67 orang sahaja.

Pitcairn Islands adalah merupakan sebuah negara dibawah jajahan British yang terdiri daripada kumpulan empat buah pulau gunung berapi yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik.  Keempat-empat buah pulau ini diberi nama Pitcarn, Henderson, Ducie dan Oeno. Hanya pulau Pitcairn sahaja yang berpenghuni.

Penghuni asal Pulau Pitcairn adalah terdiri daripada golongan yang digelar ‘Bounty Mutineers’(Pemberontak Bounty). Mereka adalah para kelasi kapal perang British bernama ‘Bounty’ yang bangkit menentang dan mengambil alih kapal kerana tidak berpuas hati dengan kapten kapal mereka yang dikatakan sangat kejam.

Sembilan orang  pemberontak ‘Bounty’ ini telah belayar menuju ke kepulauan Pitcairn pada tahun 1970 kapal yang diiringi oleh beberapa orang warga Tahiti (6 lelaki, 11wanita dan seorang bayi) yang mana sebahagian daripadanya telah dilarikan dari Tahiti dan dibawa bersama mereka menuju ke kepulauan Pitcairn.  Setelah berjaya mendarat di pulai ini, mereka telah bertindak untuk membakar kapal Bounty. Sehingga kini, serpihan kapal ini masih boleh dilihat dari permukaan air di Teluk Bounty. Kisah ini telah di ceritakan dalam beberapa buah filem seperti Mutiny of the Bounty dan lain-lain lagi.

Mengikut kisahnya, pada peringkat awal pendudukan kepulauan ini, ramai nyawa yang telah terkorban akibat daripada kesan alkohol, pembunuhan dan berbagai penyakit sosial.

Pitcairn Islands pernah mencatatkan penduduk sehingga seramai 233 orang pada tahun 1937. Namun kemudian daripada itu, ramai yang telah berpindah keluar negara terutamanya ke New Zealand. Pada tahun 2009, negara kecil ini pernah mencatatkan jumlah penduduk seramai 45 orang sahaja.

Sistem politik di Pitcairn Island adalah mengikut sistem wilayah jajahan yang mempunyai wakil parlimen yang dipilih secara demokratik  di mana Datuk Bandarnya telah dilantik sebagai ketua Kerajaan. Jika berdasarkan kepada jumlah penduduknya, Pitcairn Islands adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang terkecil di dunia. Pusat pemerintahannya adalah terletak di Auckland, New Zealand.

Oleh kerana Pitcairn Island masih berada di bawah jajahan United Kingdom, kuasa ketenteraan dan keselamatannya adalah terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan United Kingdom.

Pitcairn Islands mengandungi sumber semulajadi yang banyak dan sangat produktif. Terdapat berbagai aktiviti pertanian seperti penanaman pisang, betik, nanas, mangga, tembikai, oren, kelapa, tebu dan sebagainya. Berbagai spesis ikan boleh diperolehi dari perseketiran kepulauan ini. Ikan-ikan kebiasaannya dijual kepada kapal-kapal yang melalui kepulauan ini.

Aktiviti pelancongan telah menyumbang sehingga 80% daripada pendapatan tahunan penduduk di Pitcairn Island. Kerajaan Pitcairn Island telah melabur sebuah kapal penumpang dan kargo bernama ‘MV Claymore II’ pada tahun 2009 bagi menyediakan kemudahan untuk para pelancong mengunjungi negara ini di samping kemudahan pengangkutan kargo.

Populasi di Pitcairn Island telah menurun secara drastik dari 250 orang pada tahun 1936 kepada 67 orang sahaja pada tahun 2011. Berikut adalah senarai populasi penduduk yang telah direkodkan mengikut tahun.

Tahun

Populasi (Orang)

Tahun

Populasi (Orang)

Tahun

Populasi (Orang)

Tahun

Populasi (Orang)

1790 27 1936 250 1988 55 2005 63
1800 34 1880 112 1989 55 2006 65
1810 50 1890 136 1990 59 2007 64
1820 66 1900 136 1991 66 2008 66
1830 70 1910 140 1992 54 2009 67
1840 119 1920 163 1993 57 2010 64
1850 146 1930 190 1994 54 2001 44
1856* 193 1936 250 1995 55 2002 48
1859** 16 1940 163 1996 43 2003 59
1870 70 1950 161 1997 40 2004 65
1880 112 1960 126 1998 66 2005 63
1880 112 1970 96 1999 46 2006 65
1890 136 1975 74 2000 51 2007 64
1900 136 1980 61 2001 44 2008 66
1910 140 1985 58 2002 48 2009 67
1920 163 1986 68 2003 59 2010 64
1930 190 1987 59 2004 65 2011 67

* 1856 Perpindahan ke Norfolk Island telah membuatkan Pitcairn kosong dan tidak berpenghuni.

** Tahun 1859, kumpulan pertama telah kembali daripada Norfolk Island.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Pitcairn Islands (67 penduduk)

  1. Wow. This is interesting!

    Posted by Chalcedony (@donsherriella) | April 22, 2012, 6:38 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: