Hadis-Hadis Pilihan

Solat Nabi S.A.W.

Diceritakan oleh Muhammad bin Amr bin ‘Atha’ R.A., bahawasanya dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi S.A.W., membicarakan darihal solat Nabi. Abu Humaid Saidi mengatakan, “Saya yang paling ingat di antara kamu akan solat Rasulullah S.A.W. Ketika takbir, ku lihat beliau mengangkat kedua belah tangannya sampai setentang dengan bidang kedua bahunya. Ketika rukuk, diletakkannya kedua tapak tangannya di atas lututnya, dan diratakannya punggungnya. Apabila beliau telah mengangkat kepala (bangkit) dari rukuk, beliau berdiri tegak, lurus, sehingga tulang punggung beliau kembali tegak lurus seperti biasa. Ketika sujud, diletakkannya kedua tapak tangannya (ke bumi), tetapi lengannya tidak diletakkan dan tidak pula dirapatkannya ke rusuk, dan ujung jari kakinya dihadapkannya ke kiblat. Apabila beliau duduk sesudah dua rakaat, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau mengulurkan tapak kakinya yang kiri ke sebelah kanan dan ditegakkannya tapak kakinya yang (kanan) dan beliau duduk di punggungnya.

(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0452)

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: