Hadis-Hadis Pilihan

Saksi Nabi Nuh

Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat. Beliau menjawab: “Ya, Tuhan!” Tuhan berfirman: “Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?” Beliau menjawab: “Ya, sudah”. Lalu ditanyakan kepada umatnya: “Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?” Mereka menjawab: “Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan”. Ditanyakan kepada Nuh: “Siapakah yang jadi saksi engkau?” Nuh menjawab: “‘Nabi Muhammad dan umatnya”. Lalu mereka (umat Muhammad) menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu (umat). Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: “Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu”. (Surat Al Baqarah, 143)

(Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1579)

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: » SALASILAH PARA NABI DAN RASUL A.S. "ILMU ITU PENYELAMAT" - July 28, 2012

Leave a comment

  • 526,799 pengunjung

Top Posts & Pages

Keistimewaan Unta
Kegunaan Krim Tartar
Asal usul nama Johor
Baitul Makmur Dan Kaabah
Persediaan Pakaian Untuk Jemaah Umrah
10. Mencintai Kerana Allah
Syuhada’ dan pejuang Melayu Islam
Petua Untuk Mengesan Kelembapan Pada Dinding
Asal Usul Tawaf
Fadhilat Amalan Ayat Satu

  • 526,799 pengunjung