ILMU dan Amal

Kisah Nabi Adam dan Hawa

Kisah Adam dan Hawa telah diyakini oleh penganut-penganut agama langit atau lebih dikenali sebagai agama Ibrahimiah iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Kisah-kisah tentang manusia pertama ini juga diceritakan dalam kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Namun, sejarah kejadian serta rentetan kisah bagaimana Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan pembabitan iblis ada dikisahkan secara konsisten, tepat dan terperinci di dalam kitab Al-Quran yang terpelihara semenjak dari mula ianya diturunkan.

Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A’raaf ayat 11 sehingga 25.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnay Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah: Ayat 30).

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada Malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah: Ayat 31).

Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Baqarah: Ayat 32).

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan? (Al-Baqarah: Ayat 33).

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah: Ayat 34).

Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah: Ayat 35).

Setelah itu maka Syaitan mengelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)“. (Al-Baqarah: Ayat 36).

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: Ayat 37).

Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti pertunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. (Al-Baqarah: Ayat 38).

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: