ILMU dan Amal

Kisah Malaikat Izrail, Nabi Sulaiman dan Pemuda

وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا‌ۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ – سُوۡرَةُ المنَافِقون ١١

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al Munafiqun: Ayat 11)

Kisah ini berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman telah mengadakan satu majlis keramaian dan menjemput semua rakyat untuk menghadiri majlis itu. Dikalangan tetamu yang hadir, ada seorang pemuda yang turut sama menghadiri Majlis tersebut. Sewaktu pemuda ini mengambil makanan, tiba-tiba dia sedar ada seseorang yang tidak dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh Nabi Sulaiman a.s. lalu ditanyakan khabarnya. Pemuda itu menceritakan perihalnya yang menyedari sedang diperhatikan oleh seseorang yang memandang tajam terhadapnya.

Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang menjelaskan bahawa itu adalah MALAIKAT IZRAIL (Malaikat Maut).  Mendengarkan penjelasan tersebut, pemuda itu menjadi gerun dan meminta pertolongan Nabi Sulaiman agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke pulau sepertimana yang diminta oleh pemuda tersebut.

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu gembira kerana disangka telah berjaya lari daripada Malaikat maut. Namun, ketika mana dia menoleh ke belakang, beliau amat terkejut apabila mendapati Malaikat Maut telah berada hampir di belakangnya. Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi Sulaiman a.s. tadi.

Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat perintah daripada Allah ‘azza wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni… Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail ) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa beberapa ketika lagi.

Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada di pulau itu. Maka mudahlah untuk melaksanakan tugasnya. Barulah pemuda itu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha Berkuasa, dan ajal seseorang tetap akan sampai mengikut ketetapan waktu dan tempatnya walaupun dia berusaha melarikan diri daripadanya.

MyHealin.com

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

One thought on “Kisah Malaikat Izrail, Nabi Sulaiman dan Pemuda

  1. alhamdulillah ……..teruslah berkarya , sesungguhnya segalasesuatu itu tlah ditetapkan di louhil mahfud

    Posted by pakwar teknik | March 29, 2013, 3:18 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: