Maklumat Umum

GGK Komando

Dari Ibnu ‘Aun r.a., katanya: Saya berkirim surat kepada Nafi’, lalu ditulisnya balasan kepada saya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. melakukan serangan atas Bani Musthaliq ketika mereka sedang lalai dan binatang mereka sedang di tempat minum, lalu beliau bunuh tentera mereka dan beliau tawan anak-anak mereka. Hari itu beliau mengambil Juairiyah.” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1203)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia.

ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu;

  • Tentera Darat Malaysia (TDM),
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT)

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938.

Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua – dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.

Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera.

Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

Fakta: Batalion adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enam kompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorang Leftenan Kolonel. Batalion mempunyai kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, meskipun begitu bilangan anggota boleh berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut.

Sumber.

About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: