Amalan

Amalan Orang Cerdik dan Berjaya

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Al-Tawba: Ayat 18)

Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian dia menjumpainya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya. Sesudah itu beliau bersabda. pula: “Yang disebut mati syahid itu ada lima macam: 1. Orang mati kena tikam. 2. Orang mati kerana sakit perut (kolera?) 3. Orang mati tenggelam. 4. Orang mati ditimpa tanah longsor (runtuh). 5. Orang yang mati fi sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah). Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zohor (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat Isyak dan solat Subuh (dengan berjemaah), pastilah mereka akan memerlukan datang (ke masjid), sekalipun mereka akan merangkak.” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0372.)

Pernahkah anda terfikir, betapa ruginya kita selama ini kerana mengabaikan satu kelebihan yang Allah s.w.t telah kurniakan untuk seluruh umat Islam iaitu ‘solat berjamaah’?. Betapa bodohnya kita kerana mengabaikan satu seruan agung yang mengajak kita untuk solat (حي على الصلاة ) dan seterusnya menuju kejayaan (حي على الفلاح) sewaktu azan dilaungkan, namun kita masih lagi leka dengan bermain-main atau sibuk dengan kerja-kerja yang tidak pernah habis. Sedangkan kunci rezki serta kejayaan yang sebenar adalah terletak pada menyahut seruan azan serta menunaikan solat berjamaah bersama imam.

“Janganlah kalian dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi ketika tibanya waktu solat. Bersegeralah kepadanya. Jika sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.” (Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz).

Di antara lain-lain kelebihan solat berjemaah dimasjid ialah:

  • Salah satu perkara yang sangat disukai Allah s.w.t ialah melihat hamba-Nya berada dalam saf solat berjemaah (Maksud Hadis).
  • Rasulullah saw. bersabda: “Siapa yang solat Isyak berjemaah, nilainya sama dengan solat seperdua malam. Dan siapa yang solat Subuh berjemaah, nilainya sama dengan solat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0614)
  • Mudah mendapat rahmat, hidayah dan keredhaan Allah kerana pusat turunnya rahmat, hidayah dan keredhaan Allah ialah di Masjid.
  • Mengeratkan tali silaturrahim serta perkenalan antara muslim untuk saling membantu menjayakan segala urusan dunia dan akhirat masing-masing.
  • Setiap langkah menuju ke Masjid/ Surau ada ganjaran pahala dan digugurkan dosa.
  • Orang yang selalu berada di Masjid akan menjadi tunggak Masjid dan para Malaikat akan menjadi sahabatnya yang akan membantu semasa dia mengahapi kesulitan. Memperoleh waktu-waktu mustajab doa iaitu ketika membaca “Amin” bersama Amin-nya Imam dimana para Malaikat turut serta membaca Amin.
  • Menghidupkan rasa persamaan tanpa mengira bangsa, kedudukan, pangkat, darjat, miskin dan kaya semuanya boleh duduk bersama.
  • Dengan berjamaah, orang jahil akan mendapat panduan daripada orang alim. Doa orang alim akan dapat sama dinikmati manfaatnya oleh semua orang yang terlibat dalam doa secara berjamaah.
  • Dari Aisyah: “Bahawasanya Nabi saw pernah bersabda: “Solat berjamaah dua puluh lima kali lebih afdhal dari solat sendirian”. (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0817.)

Sumber Motivasi:

  1. Solat 5 waktu secara berjamaah di Masjid sehari dapat 5 x 25= 125 ganjaran.
  2. Solat 5 waktu sendirian dapat 5 x 1= 5 ganjaran (Rugi 120 ganjaran).
  3. Seandainya Allah s.w.t memberi umur 4 tahun lagi untuk terus hidup; dengan mengekalkan solat berjamaah di Masjid, seolah-olah menyamai ‘100 tahun ganjaran’ + ‘ 4 tahun Bonus tambahan’ + ‘lain-lain ganjaran seperti solat sunat dsb.’ berbanding dengan hanya solat bersendirian di rumah (4×25=100). Bonus tambahan iaitu “Ganjaran seolah-olah solat sepanjang malam selama 4 tahun merujuk kepada Hadis berkaitan solat Isyak dan subuh secara berjemaah di Masjid.

Bayangkan betapa ruginya kita seandainya gagal mengambil peluang yang Allah s.w.t tawarkan untuk kita hanya dengan solat berjemaah di Masjid. Namun, harus difahami bahawasanya apa sahaja yang ingin kita lakukan termasuk bekerja, beribadah atau beriadah, semuanya adalah bertujuan untuk mendapatkan keredhaan serta keampunan Allah s.w.t. semata-mata. Matlamat ini hanya dapat dicapai dengan mudah oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan seandainya semuanya berada dalam suasana persekitaran yang terbaik iaitu di dalam institusi Masjid. Wallaua’lam.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan” (Surah Ar-Rahman: Ayat 13)


About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: