Haiwan

Keistimewaan Unta

Unta adalah sejenis haiwan luar biasa yang sering digunakan sebagai tungangan atau pengangkutan di padang pasir oleh kabilah-kabilah atau rombongan perniagaan semenjak zaman dahulu kala lagi. Ciri-ciri istimewa yang Allah s.w.t kurniakan kepada unta adalah satu kelebihan dan tidak terdapat pada haiwan-haiwan lain.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Ghasiah: Ayat 17-21 “(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? (18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (20) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan (21)

Di antara ciri-ciri istimewa yang terdapat pada unta ialah:-

1) Teliga: Telinga unta adalah kecil berbanding dengan haiwan-haiwan lain seperti keldai, kuda, lembu dan sebagainya. Telinga unta ditutupi bulu yang banyak untuk melindunginya daripada ribut pasir. Kedua-dua belah telinga unta boleh membengkok kebelakang dan dilekapkan ke kepalanya untuk melindunginya daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut pasir.

2) Hidung: Hidung unta ada mempunyai penutup seperti kelopak yang boleh dibuka dan ditutup untuk melindungi lubang hidungnya daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut pasir dsb.

3) Mata: Mata unta mempunyai dua baris bulu mata. Ianya berfungsi seperti perangkap habuk yang boleh digerakkan secara berselang-seli dengan cepat supaya boleh menghalang pasir daripada memasuki mata.

4) Ekor unta: Ekor unta terdapat banyak bulu untuk melindungi punggung unta. Tanpa perlindungan ini, butiran pasir yang dibawa angin dan bergerak laju seperti peluru sudah pastinya akan memberi iritasi pada bahagian belakang unta.

5) Kaki: Kaki unta unta adalah panjang supaya berada di kedudukan tinggi. Juga membantu mempercepatkan perjalanan. Bahagian bawah kaki ada tapak elastik yang boleh melebar apabila unta berjalan di atas pasir yang lembut dimana haiwan lain tidak boleh berjalan di atasnya. Ini membuatkan unta layak digelar sebagai kapal padang pasir. Dalam keadaan yang sukar di padang pasir, Kumpulan unta boleh merentasi padang pasir sehingga 50-60 km sehari. Kereta pun tidak mampu menyaingi unta di permukaan padang pasir yang beralun-alun.

6) Leher: Dengan leher yg panjang, unta boleh makan tumbuh-tumbuhan yang tinggi atau yang ada atas tanah dengan mudah. Leher panjang unta membantu untuk angkat kepala pada tempat tinggi. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan badan apabila membawa beban berat.

7) Perut: Ada 4 sudut. Sistem penghadaman sangat kuat sehingga dlm suasana kering, ianya boleh mrnghadamkan apa sahaja objek selain makanan seperti getah.

Camel

Keistimewaan-keistimewaan lain yang terdapat pada unta ialah:-

1) Dengan ciri-ciri istimewa Allah s.w.t anugerahkan terhadap kulit dan sistem pertahanan dalam badannya, unta berupaya untuk bertahan sekiranya suhu dalam badan berubah secara mendadak sehingga 7°C (i.e. dari 34°C kepada 41°C). Unta hanya akan berpeluh apabila suhu badan naik sehingga 41°C. Berbanding dengan manusia apabila suhu badan melebihi 37°C, besar kemungkinan ini akan mengakibatkan kematian.

Sementara itu, pada malam hari badan unta akan mengeluarkan haba ke udara luar yang sejuk tanpa menghilangkan air dari badan. Mekanisma seperti ini mampu untuk mengekalkan sehingga 5 liter air di dalam badan.

2) Tubuh badan unta memiliki sistem yang boleh memproses airnya sendiri apabila tidak terdapat sumber air untuk dijadikan minuman. Bonggol yang terdapat pada belakang unta sebenarnya mengandungi lemak yang boleh diproses mengeluarkan air untuk digunakan oleh sistem tubuh badan unta.

Apabila unta menarik nafas yang mengandungi udara panas daripada persekitaran, udara panas ini akan mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara perlahan-lahan. Proses pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang dikelarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar.

Unta boleh menyimpan lemak pada bonggolnya melebihi apa yang disimpan oleh haiwan-haiwan lain. Berbanding dengan haiwan lain seperti kambing biri-biri yang terkenal dengan punggung yang berisi, ianya hanya boleh menyimpan kandungan lemak sehingga 11kg sahaja. Seekor unta boleh menyimpan sehingga 120kg lemak di dalam bonggolnya. Dengan simpanan lemak sebanyak ini, unta mampu hidup tanpa air di gurun yang panas dan kering selama sebulan setengah tanpa meminum air. Jika diperhatikan, bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengempis dan membengkok ketepi.


Apabila unta terlalu haus dan dahaga, ianya mampu  untuk meminum sejumlah air tawar atau air masin dengan jumlah yang amat banyak sehingga kehilangan dahaga. Darah unta mengandungi Enzim Albumin yang banyak melebihi lain-lain organisma. Enzim ini mampu memberi ketahanan kepada tubuh badan unta jika berlaku kekurangan air dalam badan.

Allah s.w.t telah mengurniakan kebolehan luarbiasa kepada unta sehingga mampu untuk meminum air masin dengan jumlah yang banyak. Organ buah pinggang unta mampu menapis garam dan mengeluarkannya melalui air kencing selepas mengambil kandungan air bagi keperluan tubuh badannya. Berbanding dengan manusia, ianya akan mengalami risiko kematian apabila meminum air masin bagi menghilangkan dahaga.

3) Unta juga diberikan kelebihan untuk mengeluarkan susu sebanyak 2 kali sehari secara berterusan selama setahun sebagai sumber minuman dan bekalan nutrisi. Apabila Afrika mengalami musim kemarau pada tahun 1984-1985, suku-suku kaum di Kenya yang mengembala lembu dan hidup dengan hasil minuman susu lembu akhirnya mengalami kepupusan serta mati kebuluran akibat kehabisan bekalan makanan dan susu. Tetapi sebaliknya suku kaum yang mengembala unta, masih boleh bertahan dan hidup kerana mereka mendapatkan bekalan nutrien daripada susu unta sepanjang musim kemarau yang berlaku selama hampir dua tahun.

Maha suci Allah yang telah menciptakan unta dengan ciri-ciri istimewa bersesuaian dengan iklim serta bentuk muka bumi yang didiaminya. Dengan kelebihan yang ada pada haiwan ini, maka mudahlah untuknya menyesuaikan diri dan hidup dalam suasana persekitaran gurun pasir yang paling ekstrem dan mempunyai udara kering, ribut pasir dan suhu panas yang boleh mencecah sehingga 50°C. Dalam masa yang sama, ianya sangat memberi faedah kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya. Maka tidak hairanlah kenapa unta mendapat jolokkan sebagai ‘Ship of the desert’.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan” (Surah Ar-Rahman: Ayat 13)

Sumber Rujukan : The Quran Miracles Ecyclopedia


About Al-Kalam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: